Wednesday, 6 April 2016

Pemakanan & Asas Perawatan, Apa Yang Perlu Kita Fahami

[Pemakanan & Asas Perawatan, Apa Yang Perlu Kita Fahami]
   Falsafah pemakanan terbahagi 3 iaitu soal makanan, bagaimana tubuh menggunakannya, dan bagaimana untuk mengambil faedah daripadanya.
   Hari ini dalam dunia yang semuanya bergerak pantas kita mahukan semuanya dilakukan dengan segera dan mahukan keputusannya juga dengan segera. Hal ini tidak terkecuali dalam dunia perubatan. Dadah mendominasi asas perubatan moden kerana kesannya yang cepat tetapi meninggalkan kesan sampingan yang tidak sedikit.
   Namun masih wujud golongan yang berpegang kepada falsafah perubatan & pemakanan yang sebenar. Melalui kitab2 lama disokong kajian Sains moden, banyak penemuan2 baru (penemuan lama dalam Al-Quran) yang memberi pilihan kepada kita.
   Asas perawatan tak kira apa kaedah sekalipun, yang TERBAIK ialah menyelesaikan 4 perkara berikut yang kesemuanya berkaitan soal pemakanan:
  1.  Toxin Clearance ; up immunity
  2.  Colon Cleansing
  3.  Blood Purify
  4.  Neutralize Medium Berasid

    Alhamdulillah Quranic Food yang dunia Sains moden hari kenali sebagai Super Food mampu memenuhi semua kriteria di atas, malah berperanan lebih banyak dari itu.
Mari kita lihat satu persatu peranan Quranic Food / Super Food dalam menyelesaikan 4 perkara utama di atas;
 Toxin Clearance ; up immunity
   Corak Pemakanan masyarakat hari ini semakin parah, ada yang sedar & ada yg buat-buat tidak sedar. Pengamalan berterusan makanan sebegini, akan mengumpul toksid yang semakin banyak dalam darah, yang tidak dapat dicernakan menjadi bahan yang lebih kecil, utk diserap semula oleh sistem badan atau dibuang sebagai bahan kumuh. Peredaran darah menjadi tidak sempurna seterusnya bakal mengundang pelbagai penyakit.
   Makanya, pengambilan Quranic Food dengan nutrisi Antioksida yang pelbagai ditambah dengan khasiat vitamin serta mineral, akan membantu mengatasi masalah ini, malah meningkatkan lagi ketahanan tubuh badan terhadap penyakit.
Peranan ini lebih kepada tugas Minyak Zaitun & Delima.
 Colon Cleansing
   Sistem badan yang sempurna, setiap makanan yang dimakan, akan dicernakan menjadi bahan yang lebih kecil, untuk diserap semula oleh sistem badan atau dibuang sebagai bahan kumuh. Apabila makanan yang kita ambil kurang khasiat seperti vitamin, mineral, fiber, air,
kita akan berhadapan masalah pembuangan (sembelit) yang kronik hingga melarat kepada tumbuhnya sel kanser pada usus.
   Oleh itu, jika kita individu yang tidak suka makan buah-buahan & sayur-sayuran, atau kita ambil dengan kadar sedikit,
Quranic Food harus jadi pilihan UTAMA anda untuk membantu & sebagai jalan penyelesaian.
Cubalah beramal dengan kesemua Zaitun, Teen & Delima.
 Blood Purify
   Kita mencari yang halal saja, tapi sering melupakan thoyyib. Makanan yang tidak bersih apabila menjadi amalan, ianya berlegar-legar dalam darah hingga mengakibatkan penyumbatan di salur darah, pengaliran darah yang tidak sempurna seterusnya membawa kepada berlaku keradangan di salur darah.
   Untuk itu, beramallah dengan istiqomah Quranic Food dengan nutrisi antioksida, Omega 3, 6, 7 & 9, khasiat steroid organik & kaya dengan mineral & vitamin.
 Neutralize Medium Berasid
   Pengambilan daging & seafood dengan kuantiti yang banyak mencetuskan medium berasid dalam badan. Pengumpulan bahan-bahan berasid ini di dalam badan mencetuskan ketulan-ketulan kecil = asid urik
           ✅di sendi = Gout
           ✅di hempedu = Batu hempedu
           ✅di buah pinggang = Batu karang.
   Lebih memburukkan lagi, keadaan sekeliling juga turut menyumbang terutama udara & persekitaran yang kotor & tercemar. Radikal bebas, sel kanser & tumor sangat aktif membahagi & membiak dalam medium badan berasid.
   Cuka semulajadi berfungsi mengalkalikan medium badan berasid dengan khasiat Asid Asetik Organik yang terkandung di dalamnya. Begitu juga Minyak Zaitun berperanan meneutralkan medium berasid dalam tubuh kita.
Beruntunglah bg yg ingin berfikir kekuasaanNya....
Digarap semula daripada perkongsian Ilmu Puan Shamimie dari Team Mubassyir Olive House...
Olive House JDT
7 April 2016
1.15am

No comments:

Post a Comment