PRODUK TERBARU OLIVE HOUSE
CEYLON CINNAMON :
Serbuk Kulit Kayu Manis Berkualiti
Maklumat di bawah sekadar perkongsian dari journal , hasil dari pengkajian oleh pihak-pihak yang yang berkelayakan juga dari makmal yang berautoriti di dunia.
PENGENALAN
Sri Lanka adalah negara pengimport terbesar kulit kayu manis jenis Ceylon. Ceylon, adalah sejenis kulit kayu manis yg rendah nilai coumarin. Ceylon merupakan nama lama bagi Sri Lanka .Kalau kita bertanya sebahagian orang2 lama, mereka mungkin tak mengenali negara Sri Lanka tetapi mereka kenal negara Ceylon. Seperti Siam dan Thailand. Burma dan Myanmar, Bandar Bombay dan Mumbai.
Kulit kayu manis yang berasal dari Sri Lanka diiktiraf sebagai kulit kayu manis yang amat berkhasiat kepada kesihatan.
Dihasilkan dari pohon yang dikenali dengan nama Cinnamon, dikatakan dengan hanya menghidu bau serbuk ini, jika ia berKUALITI, insyaAllah merangsang memori yg bagus & memberi ketenangan emosi, dgn khasiat mangan di dalamnya.
Cinnamaldehyde adalah sejenis bahan yang mampu menghentikan pendarahan. Hanya dengan meletakkan serbuk ceylon ini pada luka, insyaAllah darah berhenti mengalir & luka cepat sembuh.Ianya juga bermanfaat sebagai anti keradangan.
Kayu Manis
HAKIKAT yang kurang diketahui ramai ialah kayu manis yang mendominasi pasaran selama ini adalah kayu manis Cassia, bukan kayu manis Ceylon.
Terdapat beberapa perbezaan antara kayu manis spesies Ceylon dengan spesies Cassia. Nama Latin kayu manis Ceylon ialah Cinnamomum Verum dengan dua sinonim iaitu Cinnamomum Zeylanicum dan Laurus Cinnamomum.
Pengeluar utama spesies ceylon ialah Sri Lanka diikuti Seychelles dan Madagascar.
Terdapat 3 spesies kayu manis Cassia dimana ianya dikeluarkan oleh tiga negara iaitu China, Indonesia dan Vietnam. Nama Latin kayu manis Cassia berasal dari China ialah Cinnamomum Aromaticum dengan dua sinonim iaitu C. cassia dan C. ramulus.
Spesis C. aromaticum ditanam di beberapa wilayah selatan China iaitu Guangxi, Guangdong dan Yunnan. Ia mendapat jolokan kayu manis China.
PENGELUAR UTAMA
Indonesia ialah pengeluar utama kayu manis cassia dunia yang meliputi 85 peratus pengeluaran spesies Cinnamomum burmanii. Penanaman spesies ini tertumpu di kawasan pergunungan Kerinchi, wilayah Jambi, Sumatera. Ia dikenali sebagai kayu manis Indonesia, Padang cassia, Batavia cassia atau korintje.
Vietnam pula mengeluarkan kayu manis spesies Cinnamomum Loureiroi yang ditanam di utara negara tersebut. Ia dikenali sebagai kayu manis Saigon.
Di Amerika Syarikat, kayu manis Ceylon dikenali sebagai kayu manis betul manakala kayu manis cassia pula sebagai kayu manis palsu (false/fake cinnamon).
Tekstur permukaan kayu manis Ceylon licin manakala permukaan kayu manis cassia kasar. Kulit kayu manis Ceylon nipis dan rapuh manakala kayu manis cassia tebal dan keras. Kayu manis Ceylon berwarna coklat muda atau kekuning-kuningan manakala kayu manis cassia coklat tua kemerah-merahan.
Kulit kayu manis Ceylon yang nipis bergulung sepenuhnya apabila cukup kering tanpa meninggalkan ruang. Sebaliknya, kulit kayu manis cassia kering lalu menyebabkan ia tidak sepenuhnya bergulung dan membentuk ruang kosong.
Kayu manis Ceylon beraroma lembut dengan rasa tona sitrus dan manis. Kayu manis cassia beraroma tengit (berat), pedas dan pahit/kelat. Kayu manis cassia dikatakan lebih digemari ramai berbanding Ceylon kerana aroma dan rasanya menjadikan hidangan lebih lazat. Pada sebahagian orang, kayu manis cassia mungkin dianggap sebagai kayu manis betul.
Keamatan aroma dan rasa kayu manis Saigon dikatakan jauh lebih tinggi daripada kayu manis China dan kayu manis Indonesia hingga penggunaannya untuk masakan perlu dikurangkan kepada separuh.
Dari segi kandungan kimia, kajian sains mendapati kayu manis Ceylon mengandungi paras coumarin yang rendah berbanding kayu manis cassia.
"Kajian berjudul ‘Quantification of Flavoring C"
(Namun pihak Kementerian Kesihatan pernah memberi jaminan Cassia tidak memudharatkan melalui pekeliling khas oleh Dato Dr Noor Hisham B Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 20 hb Oktober 2016.)
No comments:
Post a Comment