MINYAK ZAITUN EXTRA DARA, BERTAPIS ATAU TIDAK BERTAPIS?
YANG MANA PILIHAN ANDA????
Apa beza minyak zaitun yang ditapis dengan tidak ditapis? Seringkali kita dengar jika minyak sawit yang digunakan sebagai bahan masakan akan ditapis berperingkat sebanyak 2 kali merupakan minyak yang baik. Ini berbeza dengan minyak zaitun. Minyak zaitun yang tidak bertapis adalah lebih baik dari yang bertapis.
Kenapa mesti tidak ditapis ?
Kajian sains mendapati Minyak Zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% "Poliphenols" berbanding minyak zaitun yang ditapis. Poliphenols adalah sistem pertahanan semulajadi bagi pokok zaitun. Apabila manusia meminum Minyak Zaitun yang tinggi kandungan Poliphenols, ia akan melindungi sel manusia dari serangan free radical (radikal bebas), virus dan bakteria. Ia menjadi benteng pertahanan tubuh secara semulajadi.
No comments:
Post a Comment