SEMINAR SIHAT MENGIKUT AL-QURAN DAN SAINS
MAKLUMAN:
Sempena Hari Jantung Sedunia tanggal 29 September 2016 ini, CFiRST dengan kerjasama Olive House JDT akan menganjurkan Seminar Kesihatan yang mengupas isu kesihatan berpandukan Al-Quran dan Sains.
Bagaimana hubungkait Al-Quran dan Sains ini dalam membantu kehidupan manusia ke arah kesihatan yang optimum akan dikupas secara mendalam dalam bahasa yang mudah difahami.
Siapa CFiRST?
Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST) merupakan salah satu pusat kecemerlangan (COE) di UTM ditubuhkan secara rasmi pada Mei 2009 dan beroperasi di Bangunan S45 Universiti Teknologi Malaysia.
CFiRST menjadi tempat rujukan para ilmuwan berkaitan Fiqh, Syariah, Perundangan Islam, Akidah Islam, Psikologi Islam dan lain-lain lagi. CFiRST merupakan salah satu COE yang menjalankan penyelidikan berkaitan ilmu dalam Al-Quran yang disokong oleh pembuktian sains.
=======================================
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Cara mendaftar?
WhatsApp: Nama | Email | OH JDT
ke 012-5533263
Contoh: Azrul | azrul_ohjdt@gmail.com | OH JDT
π° Yuran:
*PERCUMA* diulangi *PERCUMA*
Tempat Terhad! Tempat Terhad!
======================================
Membongkar Rahsia Al-Quran; Sihat Secara Alami
Tempat : Dewan Al Marbawiy , UTM Skudai
Tarikh : 29hb Sept 2016
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Penceramah : Ust Haji Mohammad Rozie Mohd Rejab
Anjuran: OLIVE HOUSE JDT
Kerjasama : Centre of Research for Fiqh Science & Technology UTM Skudai, CFiRST
Jom pakat mai semua Warga JDT!
Tuesday, 20 September 2016
Monday, 11 July 2016
[[ GOUT DAN HARI RAYA ]]
Rata-rata di hari raya ayam & daging menjadi antara menu utama. Ambil ayam & daging perlu bersukat. Sistem pencernaan perlukan satu minggu untuk hadamkannya.
.
Lebihan daging mengundang lebih asid urik dalam sistem. Seolah mempelawa diri menjadi pengidap gout. Ditambah minuman bergula yang tinggi sukrosa, kombinasi terbaik untuk mengundang gout.
.
Untuk elakkan gout perlu lakukan pencegahan. Boleh ambil salah satu dari senarai berikut:
.
1⃣ Cuka Teen – Caranya ialah ambil satu sudu Cuka Teen dan satu sudu madu. Campurkan ke dalam segelas air. Minum ketika perut kosong. Minum sebelum tidur. Ia juga membantu mendapatkan 'deep sleep'.
2⃣ Ambil sayuran tinggi purina iaitu asparagus, bayam, bunga kobis, kacang pea dan cendawan.
3⃣ Ambil Vitamin C. 250mg pagi dan 250mg malam.
4⃣ Amalkan Minyak Zaitun Extra Virgin Olive House untuk membantu proses pencernaan serta melindungi dinding usus dari keradangan.
.
Jadikan makanan sebagai ubat. Bukan ubat sebagai makanan. Kesihatan kita tanggungjawab kita.
.
.
Olive House Rakan Kesihatan Anda
ΓΓ fiat Lifestyle <3
Monday, 27 June 2016
HIDUP INI ADALAH PILIHAN
2 PERKARA SELAMATKAN DIRI ANDA DI BULAN SYAWAL.
.
.
.
Hidup Ini Adalah Pilihan...
.
.
Ramadhan sudah mahu sampai ke penghujung. Buktinya jelas walaupun kita tidak punya kalendar kuda di rumah.
.
Suasana Syawal sudah mulai dirasa apabila lagu-lagu raya bermain di corong radio. Keghairahan kanak-kanak apatah lagi. Ayah Ibu turut sama. Mengikut kemampuan masing-masing, persiapan ada yang telah, sedang dan menunggu saat akhir peniaga melelong barang dagangan.
.
Namun, ada golongan yang sedih dah takut dengan kehadiran Syawal. Polis trafik dibekukan cuti. Sedih tak dapat bercuti. Doktor pula, Syawal selalunya membuat mereka bertambah kerja. Ramainya pesakit kerana terlebih makan.
.
Menjelang Syawal, topik makanan adalah topik utama. Makan yang banyak boleh menyebabkan penyakit. Para doktor pun takut dengan kedatangan bulan Syawal, kerana mengikut mereka akan berlaku banyak kes sakit kerana terlebih makan. Para ulama pula mengatakan makan banyak boleh mematikan akal dan hati. Oleh sebab itulah, bila baca Quran sekalipun tak terasa apa-apa di hati.
.
Luqman Nul-Hakim mengatakan makan banyak akan menyebabkan akal mati dan kerugian banyak ilmu. Orang yang makan banyak juga akan susah faham ilmu apabila membaca, dan jika makan banyak sebelum tidur pula, pasti susah bangun di pagi hari dan memberi mudhorat kepada kesihatan.
.
Bagi yang menjaga makan sepanjang Ramadhan, Alhamdulillah. Namun jangan jadikan Syawal bulan penebusan; makan selagi mampu. Bagi yang tidak menjaga makan di bulan Ramadhan, Syawal tentunya lebih lagi. Mudah-mudahan saja kita beringat sebelum sakit.
.
Hidup ini adalah pilihan.
Kita pilih untuk "jaga makan" atau pilih "masa sihat inilah kita nak makan sepuasnya".
Tiada istilah tergoda & tidak dapat kawal nafsu. Itu pilihan kita. π
Pesan ahli nutrisi; 2 Perkara mampu kekalkan kesihatan kita sepanjang hayat.
Jangan lupakan 1⃣ Cuka Teen & 2⃣ Minyak Zaitun.
Cuka berfungsi meneutralkan medium badan yang berasid. Segala jenis lauk pauk juadah raya 98% merupakan dari kategori makanan berasid. Cuka Teen yang kaya Asid asetik juga mampu mengawal selera makan. Maka wajib lah kita bersedia dengan Cuka Teen.
.
Minyak Zaitun bertindak melindungi saluran usus. Menjadi pelapik menghalang keradangan yang berlebihan akibat makan berlebihan. Minyak Zaitun juga membantu proses penghadaman & melancarkan sistem pencernaan tubuh bagi mengelak sembelit.
Oleh itu, bangun subuh 1 Syawal nanti, minumlah 2-3sudu Minyak Zaitun Extra Virgin sebagai perlindungan kerana rata-rata akan tertewas dengan godaan ketupat lemang dan juga rendang serta kuih-muih yang beraneka jenis. π
Elakkan air manis dan bekarbonat yang berlebihan. Pemanis tiruan/sintetik & pewarna tiruan sangat BERBAHAYA walaupun HALAL. Gula sintetik & pewarna tiruan punca banyak masalah kesihatan. Anak-anak boleh jadi hyper-aktif bila kandungan gula sangat berlebihan. Nanti, Anak-anak juga yang menjadi mangsa cubitan & renungan tajam kita bila tidak terkawal.
.
Hidup ini adalah pilihan...
I choose to / I choose not to
Bawalah balik Cuka Teen & Minyak Zaitun Extra Virgin Olive House apabila pulang beraya kelak. Kongsikan bersama Ibu Ayah & sanak saudara. Moga beroleh kesihatan berpanjangan.
.
.
Olive House Rakan Kesihatan Anda
Aafiat Lifestyle π

Monday, 20 June 2016
TERAPI MAKANAN BUAT ALZHEIMER
TERAPI MAKANAN BUAT ALZHEIMER
1. Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun
2. Dan demi bukit Sinai
3. Dan demi kota (Mekah) ini yang aman
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
5. Kemudian Kami kembalikan Dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka)
6. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
7. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?
8. Bukankah Allah hakim yang seadil-adilnya? (At-Tin: 1-8)
Surah At-Tin merupakan Surah Makkiah, iaitu Surah yang diturunkan sebelum Peristiwa Hijrah Baginda Nabi Muhammad SAW ke Mekah. Merupakan surah yang ke 95 dan mengandungi 8 ayat.
.
Terdapat pelbagai tafsiran para ulama tentang maksud ayat Surah At-Tin 1-8 ini. Namun, apa yang ingin dikongsikan pada kali ini lebih menjurus kepada dua makhluk yang Allah S.W.T bersumpah di awal surah, yakni Tin & Zaitun.
Dua makhluk ini yang HANYA disumpah dalam Al-Quran di awal surah.
.
Para asatizah menafsirkan ayat 1-5 ini saling berkait rapat dan menceritakan tentang penciptaan manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Bermula dengan 2 makhluk yang disumpah iaitu Tin & Zaitun. Lebih menggembirakan, ada kajian saintifik telah dilakukan berlatarbelakangkan huraian tafsir Surah At Tin ini.
.
Segelintir Penyelidik dari Jepun mengkaji bahawa dalam otak manusia, ada protein namanya ‘Methalonids’ yang berfungsi sebagai penstabil paras kolestrol dalam darah, menguatkan jantung, mengawal pernafasan, dan juga pembentukan jati diri manusia. Dalam protein ini mengandungi fosforus, zink, zat besi yang merupakan mineral penting dalam penstabilan sistem badan manusia. Kandungan protein ini akan semakin berkurangan selari dengan pertambahan umur (sehingga umur 60 tahun) sedangkan protein ini sangat penting sepanjang penerusan kehidupan manusia.
.
Penyelidik Jepun ini mengkaji tumbuhan apakah yang mampu membantu mengatasi masalah kekurangan protein ini. Mengejutkan mereka menjumpai penyelesaiannya pada dua makhluk ini, iaitu Tin & Zaitun. Akhirnya mereka memeluk Islam. Subhanallah!
.
Maha Hebat Allah S.W.T yang menjadikan Buah Teen dan Zaitun ini ada khasiat yang diperlukan oleh protein ‘Methalonids’ untuk penerusan fungsinya. Seperti situasi pesakit Alzheimer.
Alzheimer melibatkan penurunan fungsi saraf otak serius yang merupakan salah satu jenis demensia (nyanyuk), terjadi akibat kerosakan otak yang menyebabkan hilangnya fungsi otak secara bertahap. Ia mempengaruhi;
1. Ingatan
2. Proses berfikir
3. Sikap
4. Emosi
5. Perasaan (Hati)
.
Antara tanda-tanda awal atau simptom masalah Alzheimer ini ialah pesakit sering lupa di mana meletakkan barang kepunyaannya dan disertai timbulnya rasa curiga, seolah-olah seseorang telah mengambil barang tersebut. Pesakit juga sering terlupa akan kejadian yang baru sahaja berlaku. Fasa terakhir, hinggakan terganggu komunikasi dengan orang lain, untuk memberi respon dan sering bertanya hal yang sama berulang-ulang kali hingga menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain.
.
Apabila kajian terperinci dilakukan mendapati punca sebenar terjadinya masalah Alzheimer ini adalah tidak diketahui, tetapi segelintir saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan perubahan pada sel-sel saraf yang normal dan terdapat juga pendapat berpunca daripada kesan pengambilan GULA berlebihan dalam kehidupan harian.
.
Melalui kajian nutrisi sangat dicadangkan gabungan atau sinergi Tin & Zaitun dalam proses membantu rawat & mencegah masalah Alzheimer ini. Dengan pengamalan Zaitun & Teen sebagai makanan harian & juga terapi kesihatan otak, InsyaAllah akan terhasilnya manusia sihat akal, rohani & jasmani; kaitan antara Ayat 1 & 4 dari Surah At-Tin.
.
Pada ayat ke 5, segelintir ulama menafsirkan bahawa di masa yg lemah & sudah terlalu tua, kekuatan tenaga & berfikir sama maksud dengan protein Methalonids di otak yang semakin berkurangan dengan bertambahnya usia.
Sari Cuka Teen adalah produk yang tiada penambahan alkohol, perasa dan pewarna serta tidak ditapis. Sifat-sifat ini telah mengekalkan ‘ibu’ atau ‘mother’ di dalamnya yang akan membantu merawat masalah Alzheimer. Khasiat Fosforus, Zink dan Zat Besi akan membantu mengekalkan bentuk dan fungsi protein ‘Methalonids’ yang sihat.
.
Penghasilan Cuka Buah Teen ini menggunakan kaedah penapaian semulajadi dan diperam dalam tong kayu, telah menghasilkan khasiat yang berganda-ganda. Khasiat utamanya iaitu Asid Asetik Organik membantu bekerja seperti Antioksida iaitu berperanan dalam pertahanan tubuh badan serta membantu menstabilkan paras kolestrol, gula dan tekanan darah.
.
“Makanlah kalian buah zaitun, minyak zaitun, dan gunakan menggosok (mengoles) dengan minyak zaitun, sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkahi."
(HR.Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Olivie Plus 30x, berasal daripada pohon Zaitun yang tumbuh di kawasan gurun batu dan pergunungan yang tandus. Keadaan cuaca yang ekstrem panas dan kekurangan air memaksa pohon Zaitun menghasilkan sistem pertahanan yang melampau untuk survival hidup. Fenomena unik ini telah memberi keistimewaan unik terhadap Minyak Zaitun yang dihasilkan dengan kelebihan 30x ganda kandungan Hydroxytyrosol berbanding Minyak Zaitun lain di dunia.
.
Menurut kajian Profesor Henry Joyeux (Pakar Nutrisi Antarabangsa dan Pakar Bedah Kanser daripada Hospital Universiti Montpelier, Perancis) Antioksida ‘Hydroxytyrosol’ ini ialah molekul yang sangat halus hingga mampu menembusi salur darah di otak bagi bantu rawat penurunan fungsi otak ekoran masalah Alzheimer ini.
.
Khasiat lain ialah Asid Lemak PERLU yang harus diambil setiap hari kerana tubuh badan tidak dapat menghasilkan sendiri tetapi sangat berperanan dalam sistem badan iaitu Omega 3 & 6. Omega 3&6 bekerja sebagai anti keradangan dan mengelakkan kerosakan sel di otak berlaku. Fosforus, Zink dan Zat Besi juga terdapat di dalam Olivie Plus 30x yang akan membantu merawat masalah Alzheimer. Selain itu, khasiat Asid Propanoik dalam Olivie Plus 30x ini mampu menembusi saluran darah di otak dan turut membantu merawat serta mencegah masalah Alzheimer.
.
Kajian para saintis juga ada membuktikan pengamalan Jus Delima dengan khasiat antioksida ‘Anthocyanin’ dan ‘Punicalagin’ akan bantu merawat & mencegah risiko Alzheimer sebelum menjadi lebih parah. Alhamdulillah, Olive Hosue sangat mengutamakan kualiti dengan memasarkan Jus Delima Gred A, 100% Delima tanpa penambahan pengawet, pewarna & perasa. Delima yang ditanam di negara Arzerbaijan, iaitu tanah terbaik bagi penanaman buah delima yang menghasilkan Buah Delima dengan antioksida yang paling tinggi.
Akhir sekali, suka juga saya cadangkan agar pesakit Alzheimer dibekam demi mempercepatkan proses kesembuhan.
Dengan pengamalan ‘Quranic Food’ daripada Olive House serta rawatan sunnah berbekam, InsyaAllah kesembuhan dan keberkatan dapat diperoleh.
Olive House Rakan Kesihatan Anda.
Rujukan =
1. https://alquranmulia.wordpress.com/tag/tafsir-ibnu-katsir-surah-at-tiin/
2. http://www.imps.ir/en/media/data/newsletter/newsletter6.pdf
3. http://www.tafsir.web.id/2013/03/tafsir-at-tiin.html
4. http://gayahidup.republika.co.id/berita/gaya-hidup/info-sehat/13/09/04/msm1hk-waspadai-gejala-penyakit-alzheimer-apa-itu
5. http://www.tafsironline.org/2015/03/tafsir-jalalain-tafsir-surat-at-tin.html
6. http://draxe.com/apple-cider-vinegar-uses/
7. http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2013/06/13/alzheimers-dementia-treatment.aspx
8. http://www.helpguide.org/articles/alzheimers-dementia/alzheimers-disease.htm

Saturday, 18 June 2016
Majlis Perjumpaan Khas Ejen Selatan Bersama CEO OHR Marketing Sdn Bhd
Ustaz Aidil Azwal Zainudin, CEO OHR Marketing Sdn Bhd meluangkan masa untuk bersama-sama Ejen Olive House kawasan Selatan. Dalam pertemuan ini, Ustaz Aidil membentangkan Visi & Misi syarikat. Beliau turut menyentuh perkembangan syarikat secara umum yang semakin berkembang.
Visi Olive House:
" Menjadi peneraju pembekal pilihan produk semulajadi & organik yang terbukti secara kajian saintifik"
Misi Olive House:
1. Entiti perniagaan yang memasarkan produk semulajadi & organik berkualiti tinggi.
2. Mencari & memasarkan produk semulajadi & organik berkualiti tinggi.
3. Membudayakan budaya pengamalan produk Kesihatan yang terbukti secara kajian saintifik.
4. Melahirkan Usahawan yang berdikari secara ekonomi dan berpengetahuan luas.
Promosi Pendaftaran Ejen Olive House dibuka sehingga 29 Jun 2016. Hubungi 019-3339065 untuk maklumat lanjut.
Sunday, 12 June 2016
MAKAN SECARA SIHAT ADALAH TUNTUTAN ISLAM
Makanan adalah asas kehidupan kita. Tanpa makanan kita akan mati dan berlebihan makan juga menyebabkan penyakit dan membawa kematian. Tubuh jasad kita ini adalah satu amanah Allah yang dituntut oleh Islam untuk kita jaga kesihatannya kerana ianya adalah milik Allah SWT. Kita dibenarkan untuk makan untuk kelansungan hidup, tetapi kita tidak boleh makan sewenang-wenangnya kerana terdapat perkara-perkara yang membataskan halal dan haram makanan kita didalam Islam.
Setiap hari kita akan berdoa kepada Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik semasa solat atau diluar solat. Ini jelas membuktikan penjagaan kesihatan amat diutamakan dalam Islam. Faktor pemakanan yang betul dan sihat adalah amat penting untuk mendapat kesihatan yang terbaik.Makan secara sihat adalah tuntutan Islam kerana setiap kali perkataan HALAL dinyatakan didalam Al Quran, maka Allah sekalikan dengan perkataan ‘toyyiban’ yang bermaksud makanan itu juga perlu baik dan menyihatkan.
Faktor pemakanan adalah berkait langsung dengan setiap amalan kebaikan sepertimana yang telah dinyatakan dalam surah Al-Mukminun ayat 51 yang bermaksud:
“Wahai Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan beramallah dengan amalan yang soleh”.
Islam amat menekan pemakanan halal dan ‘toyyiban’ iaitu makanan yang halal lagi baik. Apakah maksud ‘toyyiban’ ini sebenarnya? Dari aspek sumber makanan hendaklah makanan itu kita beli atau kita perolehi dari sumber yang halal untuk mendapat keberkatan dari Allah. Oleh kerana itu makanan dari sumber duit yang haram, seperti hasil judi atau rasuah dan sebagainya adalah tidak baik dan tidak berkat.
Disamping faktor ini, maksud ‘toyyiban’ juga bermaksud baik dari sudut menjaga kesihatan. Kerana makanan yang memudaratkan kesihatan akan menyebabkan tubuh badan kita menjadi rosak dalam jangka masa panjang. Badan yang sakit dan tidak sihat akan mengganggu kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai muslim dari aspek ibadah dan pekerjaan seharian.
Makanan halal mungkin akan dilihat melalui persijilan halal oleh pihak berkuasa, tetapi tidak semua makanan yang halal itu ‘toyyib’ dari sudut kesihatan.
Contohnya makanan ringan (junk food) adalah halal kerana dibuat dari gandum dan bahan-bahan halal. Tetapi dari aspek kesihatan makanan ini tidak sihat dan akan memudaratkan kesihatan kerana tidak mengandungi zat-zat cukup dan hanya mempunyai kalori semata-mata. Oleh itu makanan yang baik hendaklah kedua-dua aspek ini dipenuhi iaitu makanan halal dan baik dari aspek kesihatan. Mungkin kerana inilah apabila perkataan ‘halal’ disebut dalam AlQuran, akan disambung dengan perkataan ‘toyyiban’, dengan ini jelaslah keperluan kita ummat Islam menitik beratkan faktor makanan yang menyihatkan ini dalam pemilihan makanan seharian kita.
Makanan adalah untuk menyediakan khasiat, zat atau nutrien yang secukupnya kepada sel-sel tubuh manusia. Budaya pemakanan zaman moden sekarang banyak menjurus kepada pelbagai masalah kesihatan. Prinsip asas yang dilandaskan oleh Islam berkenaan pemakanan adalah prinsip boleh guna atau harus guna atas setiap benda. Semua yang diciptakan oleh Allah diatas muka bumi ini atau di dalam perut bumi boleh digunakan oleh manusia demi menjamin kelansungan hidup. Tiada satu pun yang dicegah atau diharamkan kecuali apa yang telah termaktub dalam nas-nas dalam AlQuran dan hadis-hadis sahih yang diperjelaskan oleh Nabi Muhammad SAW.
Ini adalah seperti Firman Allah dalam Surah AlBaqarah ayat 29 yang bermaksud:
“Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada dibumi untuk kamu”
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kesihatan yang baik , tetapi faktor pemakanan yang sihat adalah faktor yang utama sebagaimana satu hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Perut itu tempat penyakit dan berpantang itu adalah penyembuh yang utama.”
Maksud berpantang disini adalah pemilihan makanan yang tertentu iaitu makanan yang menyihatkan amat penting untuk mencegah penyakit. Dengan makanan kita akan menguatkan tubuh fizikal dengan penjanaan tenaga dari makanan. Makanan yang tidak sihat juga menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit. Manusia makan untuk kelansungan hidup , bukan hidup untuk makan, tetapi kadangkala tidak kita sedari ramai manusia yang makan untuk ‘mati’. Ini adalah kerana banyak makanan yang kita makan menyebabkan kita mendapat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, strok, obesiti, kanser dan sebagainya.
Makanan proses yang tinggi dengan gula, lemak tepu, lemak ‘trans’, pengawet, perwarna, perasa tiruan dan garam berlebihan adalah contoh makanan yang tidak sihat. Makanan proses amat sinonim dengan kehidupan kita sekarang. Restoran makanan segera tumbuh bagai cendawan, membawa satu budaya yang kurang sihat dalam masyarakat kita hari ini. Makan tersedia dan makanan segera yang diproses seperti mee segera, makanan tin, makanan sejuk beku, pelbagai jenis biskut, kerepek dan sebagainya amat banyak di pasaran. Semua jenis makanan ini jika terlalu kerap diambil akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit sebagaimana yang telah terbukti dari kajian sains yang telah banyak dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan. Oleh kerana itu meninggalkan makanan seperti ini juga dituntut oleh Islam demi kesihatan yang baik.
Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik pemakanan yang halal lagi menyihatkan. Makanan Rasulullah adalah makanan segar seperti buah-buahan seperti kurma segar (rothab), tembikai, madu, labu, buah tin dan minyak zaitun. Baginda juga makan roti yang dikisar sendiri dari gandum dan barli yang kaya dengan serat (wholemeal). Didalam AlQuran banyak kali disebut ‘buah-buahan’ dalam banyak surah-surahnya. Makanan syurga juga adalah terdiri dari pelbagai jenis buah-buahan seperti buah delima, buah kurma, buah anggur, buah pisang, buah bidara, buah tin, buah zaitun dan sebaginya.
Kenapa buah-buahan ini selalu di sebut dalam AlQuran?
Sudah pasti ada banyak kelebihannya dari sudut kesihatan. Sekarang dengan ribuan kajian yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan tentang khasiat buah-buahan menjaga kesihatan yang baik, terbuktilah bahawa apa yang dinyatakan oleh AlQuran sejak 1400 tahun dahulu lagi.
Satu lagi aspek yang penting dalam soal pemakanan seharian adalah jumlah makanan yang kita makan setiap hari. Rasulullah tidak melampau dalam jumlah makanan yang dimakan sebagaimana sabdanya dalam satu hadis yang bermaksud:
“Kami adalah kaum yang makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang”
Islam amat menekankan konsep bersederhana dalam mengambil makanan dan amat mengeji perbuatan membazir dalam pemakanan.
Melampau dan berlebih-lebihan semasa makan akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan juga masalah obesiti.Oleh itu makan secara sederhana amat selari dari aspek kesihatan dan tuntutan Islam.
Sebagai muslim yang sejati pemakanan yang halal lagi baik adalah panduan yang amat baik untuk kita amalkan setiap hari untuk mendapat keberkatan dari rezeki yang Allah kurniakan dan mendapat kesihatan yang terbaik. Insyaallah.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), FAGE

Thursday, 19 May 2016
MENGAPA OLIVE HOUSE MENJADI PILIHAN?
Oleh: Dr Salman Amirudin
Sebagai pengamal perubatan, saya sering ditanya oleh pesakit yang menghidapi penyakit kronik tentang 1 soalan yang sukar untuk di jawab oleh saya sendiri dan rakan-rakan.
"Doktor, apa yang perlu saya makan dan yang perlu saya elakkan?" - Tanya seorang pesakit yang didiagnos menghadapi kanser lidah dengan bersungguh-sungguh menanti jawapan. Saya seperti biasa menjawap sambil berseloroh "Semua boleh makan tuan, asalkan halal" sambil di dalam hati berfikir-fikir "Adakah aku pernah diajar tentang perkara tersebut semasa belajar perubatan selama 6 tahun?"
Topik berkenaan bagaimana makanan tertentu di sekeliling kita mampu menjadi ubat jika diambil dalam kadar yang betul tidak pernah dibincangkan dalam silibus ilmu perubatan. Jika ia dibincangkan sekalipun, fokusnya hanyalah pada untuk mengelakkan beberapa jenis makanan yang berpotensi menjadi punca kepada penyakit tertentu.
Akhirnya pesakit ditimbunkan dengan senarai makanan yang perlu mereka berpantang setelah mendapat penyakit dan bukanlah bagaimana untuk makan bagi mengelakkan penyakit atau merawat penyakit yang sedia ada.
FUNCTIONAL MEDICINE/NUTRITIONAL MEDICINE
Silibus perubatan itu sendiri menjuruskan minda pelajarnya ke arah perubatan merawat (curative medicine) dan hanya sedikit menyentuh tentang perubatan pencegahan (preventive medicine) apatah lagi perbincangan tentang bagaimana setiap makanan itu mampu merawat penyakit (functional/nutritional medicine).
Berada di dalam Olive House menemukan saya dengan beberapa orang pengamal perubatan seperti Dr.Norman dan Dr.Saifuzzaman, yang masih mengamalkan disiplin perubatan moden tetapi melihat kaedah perawatan itu dalam skop yang lebih meluas. Pesakit diajar menganalisa setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh mereka seterusnya mengubah tabiat pemakanan dan seluruh aspek kehidupan secara holistik bagi mencapai kesihatan yang seimbang, selama mana ianya terbukti berkesan melalui kajian saintifik.
Inilah yang menjadi gagasan pengasas Olive House iaitu menonjolkan aspek saintifik dalam setiap produk yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah, bukan semata-mata mencanangkan ianya di sebut oleh Allah Taala dan di makan oleh Nabi seperti produk-produk yang lain. Malah setiap produk itu di ambil dari tempat terbaik bagi setiap kelasnya, juga dibuktikan dengan analisa makmal yang bertaraf antarabangsa.
Kesimpulannya, bidang functional/nutritional medicine merupakan bidang yang tidak bercanggah dengan ilmu perubatan moden, malah mengukuhkan lagi pengamalan disiplin ilmu perubatan dalam memberikan rawatan yang terbaik untuk pesakit tanpa berkompromi dari sudut evident based medicine. Selain daripada itu, ia begitu kaya dengan ruang dan peluang untuk menerokai kajian-kajian baru yang bersifat akademik dan praktis perubatan.
Nantikan Slot Aafiyat Lifestyle di TVHIJRAH anjuran Olive House yang bakal menampilkan doktor-doktor berbicara tentang functional medicine dalam pengamalan kesihatan dan pemakanan sihat.

Friday, 6 May 2016
OLIVE HOUSE & SYRIA
1. Saya ke bumi Syria beberapa kali. Penduduk Syria bangga bila dipanggil Ahli Syam berbanding rakyat Syria. Kemungkinan kerana pujian-pujian yang terdapat di dalam Hadis Nabi dan tulisan para Ulama menjadikan mereka senang dipanggil Ahli Syam berbanding Syria.
2. Jika nak dikatakan buminya terlalu cantik, ada negara yang lebih cantik. Nak dikatakan punyai tinggalan sejarah hebat, negara lain juga ada. Nak dikatakan dipenuhi para kekasih Allah dan Ulama-ulama, negara lain juga tidak terkecuali. Tapi bumi Syam ini lain dari mana-mana bumi bagi yang pernah menjejakinya. Saya teringat seorang kenalan tokoh korporat bertanya kepada saya: Ustaz, aku pelik barat bersungguh nak mendapatkan bumi Syria dengan pelbagai cubaan dan dicetuskan banyak konflik, sedangkan negara mereka sendiri lebih cantik!!! kenapa ya? Saya tidak menjawab persoalannya tetapi berkata: Abang, saya nak kena pergi Syria, jom join sekali? Dia bersetuju.
3. Semasa di sana, ketika kami minum teh di tepi jalan di perkampungan Nawa (perkampungan Imam Nawawi dan tempat beliau dimaqamkan). Dia berkata: Ustaz Aidil, saya tak tau nak "describe" camna tapi ada satu perasaan yang istimewa bumi Syam ni sama perasaan apabila kita di Mekah dan Madinah. Tapi perasaan ini agak lain dan perasaannya yang tersendiri. Saya rasa inilah istimewanya bumi ini yang tidak ada di mana-mana bumi. Saya diam dan hanya membalas dengan senyuman.
4. Saya anak didik Al-Azhar dan berbangga dengan kehebatan Ulama Al-Azhar serta kebijaksanaan Al-Azhar. 10 tahun saya di bumi Al-Azhar mengutip kepingan hidangan ilmu di bumi tersebut tetapi apabila tiba di bumi Syria kali pertama, entah bagaimana perasaan kagum dan hebat itu beralih kepada Syria secara spontan. Manakan tidak, pernahkah Tuan / Cik Puan melihat kuliah pengajian hadis sahih Al-Bukhari yang dibuat satu jam sebelum subuh tetapi kehadiran seumpama rakyat Malaysia di shopping kompleks di hari cuti dan baru mendapat gaji. Pandangan sebegini biasa di bumi Syam. Terdapat banyak kenangan dengan Ahli Syam yang saya nak kongsikan di sini;
5. Kisah pertama: ketika sampai kali pertama bersama rombongan kerajaan negeri kedah bersama exco-exco kerajaan negeri. Saya tidak ada pakaian kemeja lengan panjang rasmi untuk majlis yang bakal diadakan. Saya mohon teman saya Ustaz Izzam Khazar (ketika itu pelajar Master di Universiti Dimasy, sekarang top Banker di Bank Islam Dubai) untuk pergi ke kedai pakaian. Entah bagaimana di kedai pakaian milikan pemuda Syria dalam lingkungan umur 30an, saya menjadi sedikit cerewet yang hakikatnya bukan sifat saya. Berpuluh kotak pakaian dibuka hanya untuk mencari pakaian yang saya inginkan. Tiada tanda wajah kurang senang dari pekedai bahkan terus dilayan dengan bersungguh-sungguh. Setelah selesai saya ingin membayar, pekedai itu tidak mahu menerima wang. Jenaka tidak mahu menerima wang biasa dilakukan oleh pekedai Mesir tetapi jika tidak dibayar nescaya akan dikejar. Saya sambut jenaka pekedai Syria itu dengan kata: "Baiklah!" lalu mengacah mahu keluar kedai. Dia mempersilakan untuk saya keluar dengan dibungkus rapi barang yang dibeli. Saya terdiam. Saya kembali untuk memberikan wang. Dia katakan pada saya: "Engkau ahli ilmu kan? Pelajar jurusan agama? Saya seorang peniaga dan hanya tahu meniaga dan kurang masa untuk ilmu. Saya tidak mahu wang kamu tetapi doakanlah saya di dalam majlis- majlis ilmu yang engkau sertai". Demi Allah, sepanjang di Mesir bahkan di Malaysia, setiap kali saya bersila di dalam majlis ilmu atau menyampaikan ilmu wajah lelaki itu datang dalam memori umpama "notification" smart phone kita. Saya begitu percaya lelaki ini begitu Ikhlas walaupun hanya sekadar menghadiahkan sehelai baju, dia mendapat perhatian saya sepanjang hidup saya. Ini ahli Syam.
6. Kisah kedua: saya memulakan business Olive House apabila mendapat aspirasi dari Dr Faid berhubung pemakanan dari Al-Quran dan As-Sunnah. Aspirasi bukan ala-ala jual air jampi atau kismis jampi dan seumpamanya yang lebih kepada memperkuda Agama untuk kepentingan perniagaan tetapi aspirasi bagaimana kajian Santifik hari ini berkenaan Nutrisi & kesihatan telah diterangkan Al-Quran dalam bahasa yang jelas. Bersungguh-sungguh saya ingin menjayakan perkara ini sehingga Allah hadirkan pembantu-pembantu yang hebat untuk membawa perjuangan yang sama. Rasulullah itu Ahli Nutrisi yang Agung.
7. Untuk memulakan langkah pertama diperingkat awal seorang lelaki bernama Samir Jazzar dari Aleppo (Halab), Syria membantu saya walaupun dengan modal kecil dan beliau berusaha memastikan business ini dapat dimulakan. Teringat kata-kata beliau bila saya menulis email panjang kepada beliau dan berkongsi sedikit kegusaran jika saya gagal sedangkan beliau seolah-olah begitu yakin saya akan berjaya. Terlalu banyak bantuan beliau berikan kepada saya agar melangkah berani. Ganjil bukan, kepercayaan dari orang lain lebih tinggi dari diri sendiri? Beliau membalas email saya dengan balasan pendek, ringkas, padat dan menyentap. : "Adikku Aidil, apa yang engkau cuba perjuangkan ini adalah makanan yang kekasih kita Rasulullah sebut sebagai pokok yang barakah. Semestinya gerak kerja engkau penuh keberkatan, fikiran engkau dengan keberkatan dan pasti berjayanya engkau dengan keberkatan". Mendidih semangat muda saya dengan ucapan tersebut dari seorang pemuda Syria.
8. Banyak kisah jika saya nak kongsikan berkenaan Ahli Syam ini. Mereka bangsa istimewa sebagaimana bangsa Palestin dan kerana itu mereka diuji dengan ujian istimewa. Jika Tuan / Cik Puan perasan, logo Olive House dahulu ada tulisan Aleppo, Syria. Sengaja diabadikan kenangan bermulanya di situ. Tetapi dibuang Aleppo, Syria selepas registrasi logo di "myIpo" tidak membenarkan nama tempat diletakkan pada logo.
9. Sekarang bumi Syria ditimpa fitnah tak berkesudahan, permainan konspirasi musuh Islam, umat Islam terpedaya, mereka yang ingin memgambil kesempatan dan yang benar-benar jujur dan ikhlas sudah tidak dapat dibezakan lagi. Fitnah yang berlaku yang disebut Al-Quran dengan bandingan lebih dahsyat dari pembunuhan itu sendiri sedang marak di sana. Menangis air mata darah sekalipun yang berlaku tetap berlaku. Di suasana fitnah ini, tidak ada jalan untuk menilai kebenaran kecuali dengan pandangan hati yang bersih dari mereka yang dekat kepada Allah. Akal sudah terbelenggu, logik sudah dikucar kacirkan, kelompok kebanyakan atau sedikit masing-masing hilang pedoman. Tetapi cahaya hati yang bersih kekal menyuluh untuk melihat kebenaran. Untuk mendapat pandangan hati yang tulus adalah bertaqwa kepada Allah dengan ketaqwaan yang sebenarnya. Ini formula rahsia dan template berkesan yang diberikan oleh Al-Quran. Firman Allah;
ΩَΨ§ΨͺَّΩُΩΨ§ْ Ψ§ΩΩّΩَ ΩَΩُΨΉَΩِّΩ ُΩُΩ ُ Ψ§ΩΩّΩُ ΩَΨ§ΩΩّΩُ Ψ¨ِΩُΩِّ Ψ΄َΩْΨ‘ٍ ΨΉَΩِΩΩ ٌ
Maksudnya: Dan bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah beri pengetahuan kepada kalian. Dan Allah Maha mengetahui atas setiap sesuatu. (Surah Al-Baqarah ayat 282).
10. Kemelut fitnah ini hanya dapat diketahui ianya fitnah apabila ianya telah berlaku akan tetapi seorang Alim yang penuh ketakwaan boleh mengetahui denga cahaya petunjuk yang Allah limpahkan dalam hatinya. Benar ungkapan Hasan Al-Basri:
Ψ§ΩΩΨͺΩ Ψ₯Ψ°Ψ§ Ψ£ΩΨ¨ΩΨͺ ΨΉΨ±ΩΩΨ§ ΩΩ Ψ§ΩΨΉΨ§ΩΩ ΩΨ₯Ψ°Ψ§ Ψ£Ψ―Ψ¨Ψ±Ψͺ ΨΉΨ±ΩΩΨ§ ΩΩ Ψ§ΩΨ¬Ψ§ΩΩ
Maksud: Fitnah-fitnah, jika ia datang dapat diketahui oleh setiap Alim tetapi hanya diketahui setelah berlaku oleh yang Jahil.
Taqwa ini bukan sekadar ramuan penting untuk urusan akhirat tetapi rupa-rupanya ia ramuan utama untuk menjadi manusia berjaya di dunia dna akhirat. Bersama kita berusaha membantu saudara kita yang berpegang dengan akidah yang sama dimana sahaja, perbaiki diri kita menjadi hambaNya yang bertaqwa dan berjaya dunia akhirat.
Moga kita semua berusaha menjadi manusia paling bertaqwa demi kepentingan dunia dan akhirat kita...
- Ustaz Aidil Azwal Zainudin -
CEO Olive House
Friday, 29 April 2016
Kanser Usus
Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada 2008. Di negara kita, menurut Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus atau kolon (juga kadangkala dipanggil kolorektal) adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.
Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.
Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau 6 inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur.
Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.
Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk. CANSER ]
Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada 2008. Di negara kita, menurut Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus atau kolon (juga kadangkala dipanggil kolorektal) adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.
Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.
Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau 6 inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur.
Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.
Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk.
Monday, 25 April 2016
[[ KUALITI MINYAK ZAITUN ]]
.
.
.
Tahukah Kita Bagaimana Minyak Zaitun Dikelaskan / Digredkan ?
Menurut International Olive Council (IOC), kualiti Minyak Zaitun didefinisi merujuk kepada bacaan asiditi & nilai peroxyde. Nilai asiditi 0.8 ke bawah dianggap terbaik & berkualiti tinggi.
Hasil kajian Pakar Nutrisi Antarabangsa, Prof Dr Mohammad Faid, kualiti Minyak Zaitun didefinisi merujuk kepada nilai kandungan Polyphenols; Tyrosol + Hydroxytyrosol + Oleuropein.
Saintis seluruh dunia mengakui Hydroxytyrosol merupakan antioksidan yang paling hebat pernah ditemui dalam Sejarah Sains. Hydroxytyrosol berperanan sebagai;
✔ Anti-Oksidan
✔ Anti-Kanser
✔ Anti-Keradangan
✔ Anti-Bakteria
✔ Anti-Penuaan
Dunia Zaitun hari ini telah dapat menerima dan setiap ladang berusaha untuk menghasilkan Minyak Zaitun yang berkualiti dari sudut kandungan Polyphenols.
Olive House berperanan memastikan pengguna produk Olive House mendapat Minyak Zaitun terbaik dari segi kualiti untuk mendapatkan manfaat Kesihatan yang optimum.
We begin with nature...

Thursday, 21 April 2016
[[ MENGAPA OLIVIE PLUS 30X ?? ]]
GEMPAR!!!!
.
.
Hari ini dunia digemparkan dengan OLIVIE PLUS 30X. Desas-desus ramai yang bercerita. Mengapa Olivie30x?? Adakah hanya kerana kedatangan PROF DR. MOHAMMED FAID ??
Nukilan Penyelaras Ejen Ust. Mohd Zahir di awal kemasukan Olivie30x ke Malaysia. Sama-sama kita renungkan kembali;
.
SAYA TERPAKSA MENULIS!!
Ust Mohd Zahir Ghazali
APA ITU PRODUK OLIVIE PLUS 30x ??
Kebelakangan ini, saya menerima deretan sms, whatsApp serta PM FaceBook yang bertanya dan ingin mendapatkan maklumat berkaitan produk Olivie Plus 30x, produk Minyak Zaitun yang diiktiraf sebagai Minyak Zaitun yang terbaik di dunia. Maka di sini saya amat menghargai persoalan juga pertanyaan daripada sahabat juga kenalan yang berlokasikan dari seluruh pelusuk tanahair.
Saya kongsikan jawapan di sini agar sama-sama kita dapat mengambil maklumat dan faedah daripada anugerah kurniaan Allah SWT ini. Saya juga memohon maaf di atas kelemahan menyusun ayat dan fakta kerana sudah agak terlalu lama saya tidak menulis melainkan info ringkas dan komen pendek dalam isu-isu sensasi yang menjadi viral semasa di kalangan pengguna media baru.
Olivie Plus 30x adalah produk Minyak Zaitun yang diiktiraf sebagai Minyak Zaitun yang paling baik kualitinya di dunia. Ini kerana kandungan Hydroxytyrosol mencapai 30 kali ganda dari kebanyakan Minyak Zaitun yang ada di pasaran. Minyak Zaitun mengandungi Anti-Oksidan yang paling berkuasa bernama Hydroxytyrosol. Olivie Plus 30x mengandungi 30 kali ganda Hydroxytyrosol berbanding Minyak Zaitun biasa secara ALAMI bukan EXTRACT.
Olivie Plus 30x dibekalkan oleh Syarikat Perniagaan Aqallal dari Negara Morocco yang telah menjalankan perniagaan Minyak Zaitun sejak turun temurun lebih 150 tahun yang lalu.
Olivie Plus 30x adalah produk yang amat dikenali oleh masyarakat Morocco dan Eropah serta diiktiraf oleh pakar-pakar perubatan yang terkenal di dunia seperti Prof Dr Henry Jeyoux (Bapa kanser Dunia) Dr Brehlemn, Dr Abul Ghanam dan Dr Mohammad Faid (pakar nutrisi dan zaitun).
Olive House Malaysia mendapat penghargaan yang bernilai dengan dilantik sebagai wakil tunggal bagi memasarkan produk Olivie Plus 30x di Zon Asia Pasiffic. Ianya hasil cadangan dan saranan oleh Profesor Dr Mohammad Faid, pakar nutrisi dunia dari Morocco yang merupakan penasihat kepada perniagaan kami, Olive House.
Walaupun produk Olivie Plus 30x baru berada di pasaran Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu, banyak testimoni yang menarik dan menakjubkan telah dikongsi oleh ramai di kalangan pengguna produk ini, Alhamdulillah.
Produk Olivie Plus 30x dihasilkan dari buah zaitun hijau yang ditanam di kawasan pergunungan Atlas, Morocco. Syarikat Perniagaan Aqallal menanam lebih sejuta pohon zaitun di kawasan yang kering tandus serta mencabar untuk mana-mana spesis tumbuhan lain melangsungkan kehidupan.
Subhanallah!!
Zaitun terbukti mempunyai daya tahan untuk terus berjuang dan hidup walaupun di lokasi sukar, kering, panas dan mencabar.
Kesukaran ini menyebabkan kandungan polyphenol dan hydroxtrosol yang terhasil dari Minyak Zaitun yang diproses didapati berpuluh kali ganda dari zaitun yang ditanam di kawasan biasa.
Pohon zaitun yang ditanam di kawasan yang lain di Negara Morocco juga gagal menghasilkan Minyak Zaitun yang mempunyai kualiti Hydroxytyrosol seperti yang ditanam di kawasan tersebut.
Sepertimana yang difahami oleh mereka yang mengkaji kehebatan dan keistimewaan pohon zaitun, ianya disebut oleh Allah SWT pada 7 ayat di dalam Al –Quran samaada secara sendirian ataupun disebut dengan buah buahan yang lain. Zaitun merupakan sejenis spesis tumbuhan yang mempunyai daya tahan yang begitu kuat untuk hidup. Sehingga ada maklumat menyatakan ia mampu hidup sehingga ratusan tahun bahkan sehingga ribuan tahun. Wallahua’lam.
Kajian yang dilakukan menggunakan Olivie Plus 30x mengikut Professor Henri Joyeux dapat membantu merawat;
π Kanser kolon
π Kanser darah
π Kanser PayuDara
π Masalah kardiovaskular
π Diabetes
π Parkinson
π Alzheimer
π Kourier kepada kalsium di dalam makanan kepada tubuh
π Masalah kesuburan kepada lelaki dan wanita
π Masalah prostate dan lain-lain.
Lihat Buku: Olive Oil Antioxydants m/s vii & viii
Kehebatan produk Olivie Plus 30x telah dinukilkan di dalam sebuah buku berbahasa Perancis yang amat dikenali di Negara Morocco dan Perancis ”POLYPHENOLS d’HUILE d”OLIVE, TRESORS SANTI !
Olive House Malaysia telah mengambil usaha menterjemahkan buku tersebut ke dalam bahasa Inggeris “Olive Oil Anti Oxidants-A Treasure For Your Health ! Buku ini boleh didapati melalui ejen-ejen rasmi Olive House di seluruh Malaysia.
Harga RM85.90 sebotol produk Olivie Plus 30x adalah terlalu rendah, dibandingkan kualiti produk dan kebanyakan produk Minyak Zaitun yang mempunyai gandaan Polyphenols adalah menjangkau ratusan ringgit harganya di Malaysia.
Sekiranya anda ingin mencuba, hubungi wakil-wakil kami di seluruh Malaysia. Kami juga membuka peluang kepada anda yang berminat menjadi wakil perniagaan kami di seluruh Malaysia.
Ust Mohd Zahir Ghazali
Penyelaras Ejen Olive House Malaysia

Sunday, 17 April 2016
CEYLON CINNAMON VS CASIA CINNAMON
PRODUK TERBARU OLIVE HOUSE
CEYLON CINNAMON :
Serbuk Kulit Kayu Manis Berkualiti
Maklumat di bawah sekadar perkongsian dari journal , hasil dari pengkajian oleh pihak-pihak yang yang berkelayakan juga dari makmal yang berautoriti di dunia.
PENGENALAN
Sri Lanka adalah negara pengimport terbesar kulit kayu manis jenis Ceylon. Ceylon, adalah sejenis kulit kayu manis yg rendah nilai coumarin. Ceylon merupakan nama lama bagi Sri Lanka .Kalau kita bertanya sebahagian orang2 lama, mereka mungkin tak mengenali negara Sri Lanka tetapi mereka kenal negara Ceylon. Seperti Siam dan Thailand. Burma dan Myanmar, Bandar Bombay dan Mumbai.
Kulit kayu manis yang berasal dari Sri Lanka diiktiraf sebagai kulit kayu manis yang amat berkhasiat kepada kesihatan.
Dihasilkan dari pohon yang dikenali dengan nama Cinnamon, dikatakan dengan hanya menghidu bau serbuk ini, jika ia berKUALITI, insyaAllah merangsang memori yg bagus & memberi ketenangan emosi, dgn khasiat mangan di dalamnya.
Cinnamaldehyde adalah sejenis bahan yang mampu menghentikan pendarahan. Hanya dengan meletakkan serbuk ceylon ini pada luka, insyaAllah darah berhenti mengalir & luka cepat sembuh.Ianya juga bermanfaat sebagai anti keradangan.
Kayu Manis
HAKIKAT yang kurang diketahui ramai ialah kayu manis yang mendominasi pasaran selama ini adalah kayu manis Cassia, bukan kayu manis Ceylon.
Terdapat beberapa perbezaan antara kayu manis spesies Ceylon dengan spesies Cassia. Nama Latin kayu manis Ceylon ialah Cinnamomum Verum dengan dua sinonim iaitu Cinnamomum Zeylanicum dan Laurus Cinnamomum.
Pengeluar utama spesies ceylon ialah Sri Lanka diikuti Seychelles dan Madagascar.
Terdapat 3 spesies kayu manis Cassia dimana ianya dikeluarkan oleh tiga negara iaitu China, Indonesia dan Vietnam. Nama Latin kayu manis Cassia berasal dari China ialah Cinnamomum Aromaticum dengan dua sinonim iaitu C. cassia dan C. ramulus.
Spesis C. aromaticum ditanam di beberapa wilayah selatan China iaitu Guangxi, Guangdong dan Yunnan. Ia mendapat jolokan kayu manis China.
PENGELUAR UTAMA
Indonesia ialah pengeluar utama kayu manis cassia dunia yang meliputi 85 peratus pengeluaran spesies Cinnamomum burmanii. Penanaman spesies ini tertumpu di kawasan pergunungan Kerinchi, wilayah Jambi, Sumatera. Ia dikenali sebagai kayu manis Indonesia, Padang cassia, Batavia cassia atau korintje.
Vietnam pula mengeluarkan kayu manis spesies Cinnamomum Loureiroi yang ditanam di utara negara tersebut. Ia dikenali sebagai kayu manis Saigon.
Di Amerika Syarikat, kayu manis Ceylon dikenali sebagai kayu manis betul manakala kayu manis cassia pula sebagai kayu manis palsu (false/fake cinnamon).
Tekstur permukaan kayu manis Ceylon licin manakala permukaan kayu manis cassia kasar. Kulit kayu manis Ceylon nipis dan rapuh manakala kayu manis cassia tebal dan keras. Kayu manis Ceylon berwarna coklat muda atau kekuning-kuningan manakala kayu manis cassia coklat tua kemerah-merahan.
Kulit kayu manis Ceylon yang nipis bergulung sepenuhnya apabila cukup kering tanpa meninggalkan ruang. Sebaliknya, kulit kayu manis cassia kering lalu menyebabkan ia tidak sepenuhnya bergulung dan membentuk ruang kosong.
Kayu manis Ceylon beraroma lembut dengan rasa tona sitrus dan manis. Kayu manis cassia beraroma tengit (berat), pedas dan pahit/kelat. Kayu manis cassia dikatakan lebih digemari ramai berbanding Ceylon kerana aroma dan rasanya menjadikan hidangan lebih lazat. Pada sebahagian orang, kayu manis cassia mungkin dianggap sebagai kayu manis betul.
Keamatan aroma dan rasa kayu manis Saigon dikatakan jauh lebih tinggi daripada kayu manis China dan kayu manis Indonesia hingga penggunaannya untuk masakan perlu dikurangkan kepada separuh.
Dari segi kandungan kimia, kajian sains mendapati kayu manis Ceylon mengandungi paras coumarin yang rendah berbanding kayu manis cassia.
"Kajian berjudul ‘Quantification of Flavoring C"
(Namun pihak Kementerian Kesihatan pernah memberi jaminan Cassia tidak memudharatkan melalui pekeliling khas oleh Dato Dr Noor Hisham B Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 20 hb Oktober 2016.)
Friday, 15 April 2016
Minyak Zaitun Adalah Nikmat Untuk Manusia Sejagat
Bukankah Allah itu sifatnya Maha Penyayang?Maka sifat itu sebenarnya pada Allah adalah sesuatu yang infiniti iaitu tanpa sempadan dan limitasi. Atas sebab inilah Allah sentiasa membuka peluang kepada manusia untuk belajar dan membuat kesilapan, kemudian menyesalinya dan memohon kemaafan lalu membaiki diri. Bukan satu kesalahan, malah beribu-ribu kesalahan yang telah dilakukan dalam hidup kita. Dengan kesalahan itulah kita mencari kebenaran dan keyakinan dalam hati kita. Kerana kebenaran itu akan kuat bila datang dengan keyakinan dan keyakinan itu hanya akan kuat hasil dari pengalaman.
Bayangkanlah dengan sifat sayang terlampau yang ada pada Allah itu kepada setiap makhluk ciptaanNya, maka dinyatakan dengan jelas sebanyak 7 kali di dalam Quran berkenaan dengan zaitun. Allah yang maha Kuasa telah bersumpah dengannya. Maka tidakkah kita merasakan getaran kebaikan dan keberkatan zaitun ini dan masih ingin mengkaji dahulu sebelum menerimanya? Adakah kita bertindak seumpama puak jahiliyyah dahulu kala yang meminta didatangkan bukti sebanyak-banyaknya sebelum mereka beriman dengan Al- Quran?
Tentulah tidak. Namun, kita adalah generasi yang terlalu jauh dengan Rasulullah s.a.w dan dengan sebab itu keimanan kita amat lemah akarnya dan fikiran kita amat tumpul analisisnya. Rugilah kita, rugilah kita, rugilah kita membiarkan ‘soalan bocor beserta jawapan’ ini berlalu begitu sahaja. Lihatlah di sekeliling kita. Berapa banyak bangunan hospital sudah didirikan? Berapa ramai manusia yang sedang dilanda penyakit? Tahukah kita pada tamadun terdahulu, tiada bangunan yang digunakan sebagai tempat merawat orang sakit? Yang ada hanyalah kuil-kuil atau rumah ibadat yang dipanjangkan fungsinya sebagai tempat untuk berbakti kepada orang sakit.
Bila mana kemodenan menjenguk pandangan mata duniawi kita dan dengan kemodenan itu makanan kita juga turut menjadi moden. Sejak dunia ini diciptakan, manusia sentiasa bersimbiosis dengan benda hidup yang lain. Tetapi dengan majunya zaman moden yang aneh ini, manusia juga turut bersimbiosis dengan benda bukan hidup dimana benda bukan hidup yang terdiri dari galian dan petroleum turut menjadi sumber makanan manusia dengan olahan kimia. Maka dengan penerimaan kemodenan ini disebabkan pemahaman yang amat tipis, sakitlah tubuh badan yang dizalimi ini. Manusia dan kezalimannya sendiri. Tidakkah kita terfikir bahwa Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi, maka mana mungkin Allah menjadikan khalifahnya sakit? Inilah bentuk kekeliruan yang berlaku dan menyebabkan sangka-sangka buruk terhadap Allah. Umat Islam adalah umat yang paling redha menerima penyakit dan menyandarkannya sebagai ujian Allah. Tetapi sudahkah kita umat Islam mentadabbur Al-Quran dan memahami apa pesanan Allah kepada kita mengenai makanan? Cuba anda fikirkan, antara berjuta-juta spesis tumbuhan yang Allah ciptakan di muka bumi ini, mengapa Allah menyatakan beberapa sahaja ?Apakah keistimewaan tumbuhan-tumbuhan yang Allah pilih untuk dinyatakan dalam kitabNya kepada manusia sejagat? Walaupun mungkin kita tidak tahu khasiatnya, tapi apa yang pasti dan jelas, ianya haruslah memberi kebaikan tanpa mudarat kepada tubuh badan manusia. Ini adalah aqidah sejati sebagai insan yang beriman kepada kekuasaan Allah.
Tahukah kita bahawa tubuh badan kita terdiri dari lebih 37 trillion sel? Setiap sel ini dibentuk oleh dinding sel yang terdiri dari minyak dan lemak. Jadi cubalah kita bertanya kepada diri kita sendiri bagaimanakah kita membekalkan tubuh kita dengan sumber minyak dan lemak yang baik setiap hari? Lemak tepu, lemak tak tepu dan kolesterol semuanya baik untuk tubuh badan kita pada nisbah yang berpatutan. Tetapi amatlah mengejutkan hari ini di mana kita gagal membekalkan tubuh kita dengan minyak yang baik walaupun kita suka makanan yang berminyak. Ini adalah kerana kehidupan zaman moden ini telah meletakkan pergantungan perolehan sumber makanan dari industri. Industri pula melakukan proses ‘refining’sama ada secara kimia dan haba atau mekanikal kepada sesuatu bahan makanan semulajadi sehingga struktur asas dan khasiat asli yang Allah letakkan pada sumber tersebut musnah dan terubah. Molekul inilah yang masuk ke dalam tubuh kita sebagai minyak yang kita nampak pada mata kasar. Tetapi pada struktur molekulnya ia adalah suatu molekul yang tidak dapat memberikan manfaat malah memudaratkan tubuh badan manusia.
Jadi, bantulah tubuh badan anda mendapatkan minyak yang diperlukan oleh setiap inci sel untuk memperbaharui dan membaiki diri mereka setiap saat. Usaha Syarikat Olive House Resources mengeluarkan minyak zaitun paling asli tanpa pemprosesan melampau patutlah dipuji dan digalakkan. Sesungguhnya usaha ini adalah sangat bernilai di sisi Allah kerana di zaman ini manusia sangatlah mendambakan suatu khasiat yang asli dan berkat hasil dari formulasi ciptaan Allah. Jikalau hendak dibandingkan harga dengan nilai khasiat yang ada dalam sebotol 250ml minyak zaitun olive house ini , maka ianya menjadi sesuatu yang sangat murah dan langsung tidak merugikan. Setiap rumah manusia yang ingin sihat, haruslah ada minyak zaitun yang memberikan khasiat yang sangat tinggi ini. Kandungan polyphenolnya yang berkualiti paling baik dalam kumpulan phenol iaitu hydroxytyrosol, tyrosol dan oleoropein merupakan khazanah yang diimpikan oleh sel tubuh kita. Molekul polyphenol yang bertindak sebagai penghambat radikal bebas ini akan melancarkan aliran darah seterusnya memudahkan pertukaran bahan ke dalam sel terutamanya kepada otak dan saluran koronari jantung yang merupakan cabang pertama yang keluar dari salur darah aorta. Selain itu, nisbah lemak yang sangat seimbang membekalkan tubuh dengan lemak yang diperlukan. Allah s.w.t yang telah menciptakan manusia dan Dia jualah yang membentuk nisbah-nisbah khasiat dalam tumbuhan ciptaanNya berpadanan dengan keperluan tubuh manusia yang kompleks. Minyak zaitun juga mempunyai bahan yang bertindak menjaga permukaan vilus usus dan merangsang rembesan salur hempedu dan merangsang fungsi pankreas.
Bertuahlah kita, bertuahlah kita, bertuahlah kita yang berjaya mengamalkan setiap dari ayat Al-Quran dalam kehidupan. Sesungguhnya dunia bukanlah matlamat kita bahkan akhiratlah yang kita cita-citakan. Maka kesihatan adalah senjata untuk kita beramal di dunia demi menjadikan cita-cita akhirat dapat direalisasikan. Jika saya dapat memilih suatu senjata buat umat Islam di akhir zaman , maka saya akan pilih makanan sunnah sebagai senjata yang sebenarnya dapat merangsang otak dan tubuh badan manusia menjadi positif, beriman dan hebat secara keseluruhan dan akhirnya dapat membangkitkan kegemilangan Islam di akhir zaman.
Dr Hafizah Amanulla
MD (UKM)
Thursday, 7 April 2016
Hydroxytyrosol - The Most Powerful Natural Antioxidant Discovered To Date
Tahukah anda antioksidan yang manakah yang paling hebat? Vitamin C? Beta-Carotene? Green Tea?
Jawapannya tidak! Antioksidan terhebat mungkin sesuatu yang kita belum pernah dengar. Ia adalah polyphenol kecil yang digelar "Hydroxytyrosol".
Hydroxytyrosol ialah super star antioksidan - the most powerful discovered to date. Ia mengandungi ORAC Value ( Oxygen Radical Absorbance Capacity - berkebolehan menyerap sel radikal bebas yang merosak) sehingga 68,576 yang mana jumlah ini 15x ganda lebih tinggi dari teh hijau dan 3x ganda tinggi dari CoQ10.
Walaupun kurang dikenali penemuannya, saintis telah mengenalpasti Hydroxytyrosol berfungsi sebagai anti-keradangan, anti-bakteria, antioksidan, dan pelindung sistem kardiovaskukar yang sangat hebat & berkuasa.
Apa yang lebih menarik ialah, Hydroxytyrosol sehingga kini disahkan hanya terdapat di dalam Minyak Zaitun (Buah, daun & pulpa).
"Hydroxytyrosol is the most powerful natural antioxidant currently known. Well-documented studies confirm its anti-inflammatory, antibacterial, antioxidant and cardioprotective health benefits. Although still relatively new to most people, hydroxytyrosol promises to soon become a staple in natural health care."

Wednesday, 6 April 2016
EXTRA VIRGIN OLIVE OIL, FILTERED OR UNFILTERED?
MINYAK ZAITUN EXTRA DARA, BERTAPIS ATAU TIDAK BERTAPIS?
YANG MANA PILIHAN ANDA????

Apa beza minyak zaitun yang ditapis dengan tidak ditapis? Seringkali kita dengar jika minyak sawit yang digunakan sebagai bahan masakan akan ditapis berperingkat sebanyak 2 kali merupakan minyak yang baik. Ini berbeza dengan minyak zaitun. Minyak zaitun yang tidak bertapis adalah lebih baik dari yang bertapis.
Kenapa mesti tidak ditapis ?
Kajian sains mendapati Minyak Zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% "Poliphenols" berbanding minyak zaitun yang ditapis. Poliphenols adalah sistem pertahanan semulajadi bagi pokok zaitun. Apabila manusia meminum Minyak Zaitun yang tinggi kandungan Poliphenols, ia akan melindungi sel manusia dari serangan free radical (radikal bebas), virus dan bakteria. Ia menjadi benteng pertahanan tubuh secara semulajadi.
FOBIA LEMAK & MINYAK?
Dr. Hafizah Bt. Amanulla
31.01.2016
31.01.2016
Ramai daripada kita yang menganggap pemakanan sihat adalah pemakanan yang tidak atau kurang berlemak atau berminyak. Inilah yang telah didoktrinkan kepada kita sejak kecil lagi. Penemuan sains semakin hari semakin menuju ke arah kebenaran dan memusnahkan kebathilan. Tahukan anda lemak adalah komponen yang sangat penting kerana setiap sel kita yang berjumlah lebih kurang 37 trillion ini terdiri daripada komponen lemak sebagai dinding? Lemak juga adalah sumber tenaga yang sangat penting untuk otak selepas glukosa dan sesetengahnya mengatakan paling penting lebih dari glukosa. Lemak juga amat penting bagi memastikan badan dapat menyerap semua vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K yang sangat penting dalam fungsi fisiologi tubuh. Lemak juga adalah unit asas untuk badan kita membuat hormon dan neurotransmitter agar fungsi dan ketajaman otak akan berlaku secara baik. Struktur otak itu sendiri banyak terdiri dari lemak.
Adakah anda sedar akan semua fakta ini selama ini? Barangkali kita sudah biasa mengajar dan mengiyakan mitos tentang lemak. Bila melihat orang lain menghidap serangan jantung dan stroke kita mula membayangkan tabiat makannya yang penuh makanan berminyak.
Persoalan sebenarnya adalah bukan minyak secara umum tetapi zaman ini kita patut mempersoalkan jenis minyak yang kita gunakan. Minyak yang baik memberi seribu satu kebaikan pada tubuh dan sebaliknya minyak yang buruk memberikan seribu satu kemudaratan pada tubuh. Dalam diet kita hari ini apakah sumber lemak dan minyak kita seharian? Ianya datang dari minyak masak yang diproses dengan caustic soda, marjerin yang kaya dengan ‘trans-fat’ atau minyak terhidrogenisasi (hydrogenated fat), ayam yang disuntik hormon dan vaksin, ikan yang telah diletakkan ubat dan pelbagai lagi sumber lain yang memang pasti memudaratkan.
Jadi, bagaimanakah badan kita mampu untuk sihat? Sudah tiba masanya di celah-celah kemajuan industri dan teknologi yang membingungkan, kita kembali kepada Allah dengan mengembalikan kehidupan kita kepada sunnatullah. Sesungguhnya agama Islam ini sudah lengkap dan tidak memerlukan olahan atau tambahan lagi. Ciptaan Allah itu sebenarnya sudah sangat cocok dengan tubuh badan manusia ciptaanNya.
Allah telah menciptakan sejenis tumbuhan yang memang dicipta khas untuk menghasilkan minyak maka adakah minyak yang lebih baik darinya? Itulah minyak zaitun. Satu-satunya minyak yang disebut dalam Al-Quran. Begitu susahkah kita untuk menilai? Bagi yang berminat untuk berfikir, marilah bersama-sama kita teliti kandungan minyak zaitun.
Asid lemak monotaktepu (paling tinggi), bahan antioksida (hydroxytyrosol, tyrosol), bahan anti inflamatori(oleoropein, oleocanthal), asid lemak tepu, asid lemak politaktepu(omega 3 dan omega 6) dan banyak lagi.
Bagi mereka yang tertanya-tanya tentang lemak tepu dan menganggap ianya berbahaya, haruslah diketahui bahawa komuniti sains sekarang ini sedang cuba membersihkan diri mereka dari dongeng lemak tepu yang dikatakan bahaya sejak berpuluh tahun. Lemak tepu dari unsur semulajadi adalah bermanfaat untuk tubuh dan kekurangan lemak tepu dalam diet seharian boleh menyebabkan banyak masalah. Agaknya boleh saya simpulkan di sini bahawa mungkin santan yang selama ini menjadi penyelamat masyarakat kita kerana itu satu-satunya sumber lemak tepu semulajadi yang masih diamalkan dengan meluas.
Apakah akan terjadi sekiranya kita kekurangan asid lemak dalam tubuh? Kulit akan menjadi kering dan bersisik, keguguran rambut, luka pada tubuh akan lambat sembuh, masalah gangguan kognitif seperti nyanyuk dan pelupa, masalah kemurungan (depression), gangguan kitaran haid, kesakitan pada sendi, masalah kesihatan mata, lemah sistem imun untuk melawan jangkitan, lemah pada fungsi jantung, lemah tulang dan gigi dan masalah darah yang sukar beku.
Melihat kepada pelbagai masalah yang disebabkan oleh kekurangan lemak dalam tubuh, tidak hairanlah sebegitu banyak masalah kesihatan yang dapat diselesaikan dengan pengambilan pati minyak zaitun terutamanya yang tidak ditapis(unfiltered), perahan sejuk(cold press) dan organik. Minyak zaitun sebenarnya adalah makanan dan bukannya ubat dan kepada para doktor, saya harap kita dapat membezakan ubat dan makanan. Makanan mempunyai struktur kimia yang kompleks yang memenuhi pelbagai faset fungsi tubuh berbanding ‘drug’ yang hanya mempunyai molekul ringkas yang mudah. Jadi minyak zaitun memang patut dijadikan sebagai satu ‘kemestian’ dalam panduan menuju gaya hidup sihat. Semestinya. Wallahu a’lam.
Sumber: Olive House
Sebaran Umum: Page FB Olive House Headquarters - HQ

Subscribe to:
Posts (Atom)