Tuesday, 20 September 2016

SEMINAR SIHAT MENGIKUT AL-QURAN DAN SAINS

SEMINAR SIHAT MENGIKUT AL-QURAN DAN SAINS

MAKLUMAN:

Sempena Hari Jantung Sedunia tanggal 29 September 2016 ini, CFiRST dengan kerjasama Olive House JDT akan menganjurkan Seminar Kesihatan yang mengupas isu kesihatan berpandukan Al-Quran dan Sains.

Bagaimana hubungkait Al-Quran dan Sains ini dalam membantu kehidupan manusia ke arah kesihatan yang optimum akan dikupas secara mendalam dalam bahasa yang mudah difahami.

Siapa CFiRST?

Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST) merupakan salah satu pusat kecemerlangan (COE) di UTM ditubuhkan secara rasmi pada Mei 2009 dan beroperasi di Bangunan S45 Universiti Teknologi Malaysia.

CFiRST menjadi tempat rujukan para ilmuwan berkaitan Fiqh, Syariah, Perundangan Islam, Akidah Islam, Psikologi Islam dan lain-lain lagi. CFiRST merupakan salah satu COE yang menjalankan penyelidikan berkaitan ilmu dalam Al-Quran yang disokong oleh pembuktian sains.

=======================================
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Cara mendaftar?
WhatsApp:  Nama | Email | OH JDT
ke 012-5533263

Contoh: Azrul | azrul_ohjdt@gmail.com | OH JDT

πŸ’° Yuran:

 *PERCUMA* diulangi *PERCUMA*

Tempat Terhad! Tempat Terhad!

======================================

Membongkar Rahsia Al-Quran; Sihat Secara Alami

Tempat : Dewan Al Marbawiy , UTM Skudai
Tarikh : 29hb Sept 2016
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Penceramah : Ust Haji Mohammad Rozie Mohd Rejab

Anjuran: OLIVE HOUSE JDT
Kerjasama : Centre of Research for Fiqh Science & Technology UTM Skudai, CFiRST

Jom pakat mai semua Warga JDT!


Monday, 11 July 2016

[[ GOUT DAN HARI RAYA ]]


Rata-rata di hari raya ayam & daging menjadi antara menu utama. Ambil ayam & daging perlu bersukat. Sistem pencernaan perlukan satu minggu untuk hadamkannya.
.

Lebihan daging mengundang lebih asid urik dalam sistem. Seolah mempelawa diri menjadi pengidap gout. Ditambah minuman bergula yang tinggi sukrosa, kombinasi terbaik untuk mengundang gout.
.

Untuk elakkan gout perlu lakukan pencegahan. Boleh ambil salah satu dari senarai berikut:
.

1⃣ Cuka Teen – Caranya ialah ambil satu sudu Cuka Teen dan satu sudu madu. Campurkan ke dalam segelas air. Minum ketika perut kosong. Minum sebelum tidur. Ia juga membantu mendapatkan 'deep sleep'.

2⃣ Ambil sayuran tinggi purina iaitu asparagus, bayam, bunga kobis, kacang pea dan cendawan.

3⃣ Ambil Vitamin C. 250mg pagi dan 250mg malam.

4⃣ Amalkan Minyak Zaitun Extra Virgin Olive House untuk membantu proses pencernaan serta melindungi dinding usus dari keradangan.
.

Jadikan makanan sebagai ubat. Bukan ubat sebagai makanan. Kesihatan kita tanggungjawab kita.
.
.

Olive House Rakan Kesihatan Anda 
Ààfiat Lifestyle 

Monday, 27 June 2016

HIDUP INI ADALAH PILIHAN

2 PERKARA SELAMATKAN DIRI ANDA DI BULAN SYAWAL.
.
.
.

Hidup Ini Adalah Pilihan...
.
.

Ramadhan sudah mahu sampai ke penghujung. Buktinya jelas walaupun kita tidak punya kalendar kuda di rumah. 
.

Suasana Syawal sudah mulai dirasa apabila lagu-lagu raya bermain di corong radio. Keghairahan kanak-kanak apatah lagi. Ayah Ibu turut sama. Mengikut kemampuan masing-masing, persiapan ada yang telah, sedang dan menunggu saat akhir peniaga melelong barang dagangan.
.

Namun, ada golongan yang sedih dah takut dengan kehadiran Syawal. Polis trafik dibekukan cuti. Sedih tak dapat bercuti. Doktor pula, Syawal selalunya membuat mereka bertambah kerja. Ramainya pesakit kerana terlebih makan.
.

Menjelang Syawal, topik makanan adalah topik utama. Makan yang banyak boleh menyebabkan penyakit. Para doktor pun takut dengan kedatangan bulan Syawal, kerana mengikut mereka akan berlaku banyak kes sakit kerana terlebih makan. Para ulama pula mengatakan makan banyak boleh mematikan akal dan hati. Oleh sebab itulah, bila baca Quran sekalipun tak terasa apa-apa di hati.
.

Luqman Nul-Hakim mengatakan makan banyak akan menyebabkan akal mati dan kerugian banyak ilmu. Orang yang makan banyak juga akan susah faham ilmu apabila membaca, dan jika makan banyak sebelum tidur pula, pasti susah bangun di pagi hari dan memberi mudhorat kepada kesihatan.
.

Bagi yang menjaga makan sepanjang Ramadhan, Alhamdulillah. Namun jangan jadikan Syawal bulan penebusan; makan selagi mampu. Bagi yang tidak menjaga makan di bulan Ramadhan, Syawal tentunya lebih lagi. Mudah-mudahan saja kita beringat sebelum sakit.
.

Hidup ini adalah pilihan.

Kita pilih untuk "jaga makan" atau pilih "masa sihat inilah kita nak makan sepuasnya".

Tiada istilah tergoda & tidak dapat kawal nafsu. Itu pilihan kita. πŸ˜‚

Pesan ahli nutrisi; 2 Perkara mampu kekalkan kesihatan kita sepanjang hayat.

Jangan lupakan 1⃣ Cuka Teen & 2⃣ Minyak Zaitun.

Cuka berfungsi meneutralkan medium badan yang berasid. Segala jenis lauk pauk juadah raya 98% merupakan dari kategori makanan berasid. Cuka Teen yang kaya Asid asetik juga mampu mengawal selera makan. Maka wajib lah kita bersedia dengan Cuka Teen.
.

Minyak Zaitun bertindak melindungi saluran usus. Menjadi pelapik menghalang keradangan yang berlebihan akibat makan berlebihan. Minyak Zaitun juga membantu proses penghadaman & melancarkan sistem pencernaan tubuh bagi mengelak sembelit.

Oleh itu, bangun subuh 1 Syawal nanti, minumlah 2-3sudu Minyak Zaitun Extra Virgin sebagai perlindungan kerana rata-rata akan tertewas dengan godaan ketupat lemang dan juga rendang serta kuih-muih yang beraneka jenis. πŸ˜‰ 

Elakkan air manis dan bekarbonat yang berlebihan. Pemanis tiruan/sintetik & pewarna tiruan sangat BERBAHAYA walaupun HALAL. Gula sintetik & pewarna tiruan punca banyak masalah kesihatan. Anak-anak boleh jadi hyper-aktif bila kandungan gula sangat berlebihan. Nanti, Anak-anak juga yang menjadi mangsa cubitan & renungan tajam kita bila tidak terkawal. 
.

Hidup ini adalah pilihan...
I choose to / I choose not to

Bawalah balik Cuka Teen & Minyak Zaitun Extra Virgin Olive House apabila pulang beraya kelak. Kongsikan bersama Ibu Ayah & sanak saudara. Moga beroleh kesihatan berpanjangan.
.
.

Olive House Rakan Kesihatan Anda 
Aafiat Lifestyle πŸ’—




Monday, 20 June 2016

TERAPI MAKANAN BUAT ALZHEIMER

TERAPI MAKANAN BUAT ALZHEIMER

1. Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun
2. Dan demi bukit Sinai
3. Dan demi kota (Mekah) ini yang aman
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
5. Kemudian Kami kembalikan Dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka)
6. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
7. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?
8. Bukankah Allah hakim yang seadil-adilnya?    (At-Tin: 1-8)

Surah At-Tin merupakan Surah Makkiah, iaitu Surah yang diturunkan sebelum Peristiwa Hijrah Baginda Nabi Muhammad SAW ke Mekah. Merupakan surah yang ke 95 dan mengandungi 8 ayat.
.

Terdapat pelbagai tafsiran para ulama tentang maksud ayat Surah At-Tin 1-8 ini. Namun, apa yang ingin dikongsikan pada kali ini lebih menjurus kepada dua makhluk yang Allah S.W.T bersumpah di awal surah, yakni Tin & Zaitun.
Dua makhluk ini yang HANYA disumpah dalam Al-Quran di awal surah.
.

Para asatizah menafsirkan ayat 1-5 ini saling berkait rapat dan menceritakan tentang penciptaan manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Bermula dengan 2 makhluk yang disumpah iaitu Tin & Zaitun. Lebih menggembirakan, ada kajian saintifik telah dilakukan berlatarbelakangkan huraian tafsir Surah At Tin ini.
.

Segelintir Penyelidik dari Jepun mengkaji bahawa dalam otak manusia, ada protein namanya ‘Methalonids’ yang berfungsi sebagai penstabil paras kolestrol dalam darah, menguatkan jantung, mengawal pernafasan, dan juga pembentukan jati diri manusia. Dalam protein ini mengandungi fosforus, zink, zat besi yang merupakan mineral penting dalam penstabilan sistem badan manusia. Kandungan protein ini akan semakin berkurangan selari dengan pertambahan umur (sehingga umur 60 tahun) sedangkan protein ini sangat penting sepanjang penerusan kehidupan manusia.
.

Penyelidik Jepun ini mengkaji tumbuhan apakah yang mampu membantu mengatasi masalah kekurangan protein ini. Mengejutkan mereka menjumpai penyelesaiannya pada dua makhluk ini, iaitu Tin & Zaitun. Akhirnya mereka memeluk Islam. Subhanallah!
.

Maha Hebat Allah S.W.T yang menjadikan Buah Teen dan Zaitun ini ada khasiat yang diperlukan oleh protein ‘Methalonids’ untuk penerusan fungsinya. Seperti situasi pesakit Alzheimer.

Alzheimer melibatkan penurunan fungsi saraf otak serius yang merupakan salah satu jenis demensia (nyanyuk), terjadi akibat kerosakan otak yang menyebabkan hilangnya fungsi otak secara bertahap. Ia mempengaruhi;
1. Ingatan
2. Proses berfikir
3. Sikap
4. Emosi
5. Perasaan (Hati)
.

Antara tanda-tanda awal atau simptom masalah Alzheimer ini ialah pesakit sering lupa di mana meletakkan barang kepunyaannya dan disertai timbulnya rasa curiga, seolah-olah seseorang telah mengambil barang tersebut. Pesakit juga sering terlupa akan kejadian yang baru sahaja berlaku. Fasa terakhir, hinggakan terganggu komunikasi dengan orang lain, untuk memberi respon dan sering bertanya hal yang sama berulang-ulang kali hingga menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain.
.

Apabila kajian terperinci dilakukan mendapati punca sebenar terjadinya masalah Alzheimer ini adalah tidak diketahui, tetapi segelintir saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan perubahan pada sel-sel saraf yang normal dan terdapat juga pendapat berpunca daripada kesan pengambilan GULA berlebihan dalam kehidupan harian.
.
Melalui kajian nutrisi sangat dicadangkan gabungan atau sinergi Tin & Zaitun dalam proses membantu rawat & mencegah masalah Alzheimer ini. Dengan pengamalan Zaitun & Teen sebagai makanan harian & juga terapi kesihatan otak, InsyaAllah akan terhasilnya manusia sihat akal, rohani & jasmani; kaitan antara Ayat 1 & 4 dari Surah At-Tin.
.

Pada ayat ke 5, segelintir ulama menafsirkan bahawa di masa yg lemah & sudah terlalu tua, kekuatan tenaga & berfikir sama maksud dengan protein Methalonids di otak yang semakin berkurangan dengan bertambahnya usia.

Sari Cuka Teen adalah produk yang tiada penambahan alkohol, perasa dan pewarna serta tidak ditapis. Sifat-sifat ini telah mengekalkan ‘ibu’ atau ‘mother’ di dalamnya yang akan membantu merawat masalah Alzheimer. Khasiat Fosforus, Zink dan Zat Besi akan membantu mengekalkan bentuk dan fungsi protein ‘Methalonids’ yang sihat.
.

Penghasilan Cuka Buah Teen ini menggunakan kaedah penapaian semulajadi dan diperam dalam tong kayu, telah menghasilkan khasiat yang berganda-ganda. Khasiat utamanya iaitu Asid Asetik Organik membantu bekerja seperti Antioksida iaitu berperanan dalam pertahanan tubuh badan serta membantu menstabilkan paras kolestrol, gula dan tekanan darah.
.

“Makanlah kalian buah zaitun, minyak zaitun, dan gunakan menggosok (mengoles) dengan minyak zaitun, sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkahi."
(HR.Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Olivie Plus 30x, berasal daripada pohon Zaitun yang tumbuh di kawasan gurun batu dan pergunungan yang tandus. Keadaan cuaca yang ekstrem panas dan kekurangan air memaksa pohon Zaitun menghasilkan sistem pertahanan yang melampau untuk survival hidup. Fenomena unik ini telah memberi keistimewaan unik terhadap Minyak Zaitun yang dihasilkan dengan kelebihan 30x ganda kandungan Hydroxytyrosol berbanding Minyak Zaitun lain di dunia.
.

Menurut kajian Profesor Henry Joyeux (Pakar Nutrisi Antarabangsa dan Pakar Bedah Kanser daripada Hospital Universiti Montpelier, Perancis) Antioksida ‘Hydroxytyrosol’ ini ialah molekul yang sangat halus hingga mampu menembusi salur darah di otak bagi bantu rawat penurunan fungsi otak ekoran masalah Alzheimer ini.
.

Khasiat lain ialah Asid Lemak PERLU yang harus diambil setiap hari kerana tubuh badan tidak dapat menghasilkan sendiri tetapi sangat berperanan dalam sistem badan iaitu Omega 3 & 6. Omega 3&6 bekerja sebagai anti keradangan dan mengelakkan kerosakan sel di otak berlaku. Fosforus, Zink dan Zat Besi juga terdapat di dalam Olivie Plus 30x yang akan membantu merawat masalah Alzheimer. Selain itu, khasiat Asid Propanoik dalam Olivie Plus 30x ini mampu menembusi saluran darah di otak dan turut membantu merawat serta mencegah masalah Alzheimer.
.

Kajian para saintis juga ada membuktikan pengamalan Jus Delima dengan khasiat antioksida ‘Anthocyanin’ dan ‘Punicalagin’ akan bantu merawat & mencegah risiko Alzheimer sebelum menjadi lebih parah. Alhamdulillah, Olive Hosue sangat mengutamakan kualiti dengan memasarkan Jus Delima Gred A, 100% Delima tanpa penambahan pengawet, pewarna & perasa. Delima yang ditanam di negara Arzerbaijan, iaitu tanah terbaik bagi penanaman buah delima yang menghasilkan Buah Delima dengan antioksida yang paling tinggi.

Akhir sekali, suka juga saya cadangkan agar pesakit Alzheimer dibekam demi mempercepatkan proses kesembuhan.
Dengan pengamalan ‘Quranic Food’ daripada Olive House serta rawatan sunnah berbekam, InsyaAllah kesembuhan dan keberkatan dapat diperoleh.

Olive House Rakan Kesihatan Anda.

Rujukan =
1. https://alquranmulia.wordpress.com/tag/tafsir-ibnu-katsir-surah-at-tiin/
2. http://www.imps.ir/en/media/data/newsletter/newsletter6.pdf
3. http://www.tafsir.web.id/2013/03/tafsir-at-tiin.html
4. http://gayahidup.republika.co.id/berita/gaya-hidup/info-sehat/13/09/04/msm1hk-waspadai-gejala-penyakit-alzheimer-apa-itu
5. http://www.tafsironline.org/2015/03/tafsir-jalalain-tafsir-surat-at-tin.html
6. http://draxe.com/apple-cider-vinegar-uses/
7. http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2013/06/13/alzheimers-dementia-treatment.aspx
8. http://www.helpguide.org/articles/alzheimers-dementia/alzheimers-disease.htm



Saturday, 18 June 2016

Majlis Perjumpaan Khas Ejen Selatan Bersama CEO OHR Marketing Sdn Bhd

Ustaz Aidil Azwal Zainudin, CEO OHR Marketing Sdn Bhd meluangkan masa untuk bersama-sama Ejen Olive House kawasan Selatan. Dalam pertemuan ini, Ustaz Aidil membentangkan Visi & Misi syarikat. Beliau turut menyentuh perkembangan syarikat secara umum yang semakin berkembang.

Visi Olive House: 
" Menjadi peneraju pembekal pilihan produk semulajadi & organik yang terbukti secara kajian saintifik"

Misi Olive House:
1. Entiti perniagaan yang memasarkan produk semulajadi & organik berkualiti tinggi.
2. Mencari & memasarkan produk semulajadi & organik berkualiti tinggi.
3. Membudayakan budaya pengamalan produk Kesihatan yang terbukti secara kajian saintifik.
4. Melahirkan Usahawan yang berdikari secara ekonomi dan berpengetahuan luas.



Promosi Pendaftaran Ejen Olive House dibuka sehingga 29 Jun 2016. Hubungi 019-3339065 untuk maklumat lanjut. 

Sunday, 12 June 2016

MAKAN SECARA SIHAT ADALAH TUNTUTAN ISLAM

Makanan adalah asas kehidupan kita. Tanpa makanan kita akan mati dan berlebihan makan juga menyebabkan penyakit dan membawa kematian. Tubuh jasad kita ini adalah satu amanah Allah yang dituntut oleh Islam untuk kita jaga kesihatannya kerana ianya adalah milik Allah SWT. Kita dibenarkan untuk makan untuk kelansungan hidup, tetapi kita tidak boleh makan sewenang-wenangnya kerana terdapat perkara-perkara yang membataskan halal dan haram makanan kita didalam Islam.

Setiap hari kita akan berdoa kepada Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik semasa solat atau diluar solat. Ini jelas membuktikan penjagaan kesihatan amat diutamakan dalam Islam. Faktor pemakanan yang betul dan sihat adalah amat penting untuk mendapat kesihatan yang terbaik.Makan secara sihat adalah tuntutan Islam kerana setiap kali perkataan HALAL dinyatakan didalam Al Quran, maka Allah sekalikan dengan perkataan ‘toyyiban’ yang bermaksud makanan itu juga perlu baik dan menyihatkan.

Faktor pemakanan adalah berkait langsung dengan setiap amalan kebaikan sepertimana yang telah dinyatakan dalam surah Al-Mukminun ayat 51 yang bermaksud:

“Wahai Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan beramallah dengan amalan yang soleh”.

Islam amat menekan pemakanan halal dan ‘toyyiban’ iaitu makanan yang halal lagi baik. Apakah maksud ‘toyyiban’ ini sebenarnya? Dari aspek sumber makanan hendaklah makanan itu kita beli atau kita perolehi dari sumber yang halal untuk mendapat keberkatan dari Allah. Oleh kerana itu makanan dari sumber duit yang haram, seperti hasil judi atau rasuah dan sebagainya adalah tidak baik dan tidak berkat.

Disamping faktor ini, maksud ‘toyyiban’ juga bermaksud baik dari sudut menjaga kesihatan. Kerana makanan yang memudaratkan kesihatan akan menyebabkan tubuh badan kita menjadi rosak dalam jangka masa panjang. Badan yang sakit dan tidak sihat akan mengganggu kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai muslim dari aspek ibadah dan pekerjaan seharian.
Makanan halal mungkin akan dilihat melalui persijilan halal oleh pihak berkuasa, tetapi tidak semua makanan yang halal itu  ‘toyyib’ dari sudut kesihatan.
Contohnya makanan ringan (junk food) adalah halal kerana dibuat dari gandum dan bahan-bahan halal. Tetapi dari aspek kesihatan makanan ini tidak sihat dan akan memudaratkan kesihatan kerana tidak mengandungi zat-zat cukup dan hanya mempunyai kalori semata-mata. Oleh itu makanan yang baik hendaklah kedua-dua aspek ini dipenuhi iaitu makanan halal dan baik dari aspek kesihatan. Mungkin kerana inilah apabila perkataan ‘halal’ disebut dalam AlQuran, akan disambung dengan perkataan ‘toyyiban’, dengan ini jelaslah keperluan kita ummat Islam menitik beratkan faktor makanan yang menyihatkan ini dalam pemilihan makanan seharian kita.  

Makanan adalah untuk menyediakan khasiat, zat atau nutrien yang secukupnya kepada sel-sel tubuh manusia. Budaya pemakanan zaman moden sekarang banyak menjurus kepada pelbagai masalah kesihatan. Prinsip asas yang dilandaskan oleh Islam berkenaan pemakanan adalah prinsip boleh guna atau harus guna atas setiap benda. Semua yang diciptakan oleh Allah diatas muka bumi ini atau di dalam perut bumi boleh digunakan oleh manusia demi menjamin kelansungan hidup. Tiada satu pun yang dicegah atau diharamkan kecuali apa yang telah termaktub dalam nas-nas dalam AlQuran dan hadis-hadis sahih yang diperjelaskan oleh Nabi Muhammad SAW.
Ini adalah seperti Firman Allah dalam Surah AlBaqarah ayat 29 yang bermaksud:

“Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada dibumi untuk kamu”

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kesihatan yang baik , tetapi faktor pemakanan yang sihat adalah  faktor yang utama sebagaimana satu hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Perut itu tempat penyakit dan berpantang itu adalah penyembuh yang utama.”

Maksud berpantang disini adalah pemilihan makanan yang tertentu iaitu makanan yang menyihatkan amat penting untuk mencegah penyakit. Dengan makanan kita akan menguatkan tubuh fizikal dengan penjanaan tenaga dari makanan. Makanan yang tidak sihat juga menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit. Manusia makan untuk kelansungan hidup , bukan hidup untuk makan, tetapi kadangkala tidak kita sedari ramai manusia yang makan untuk ‘mati’. Ini adalah kerana banyak makanan yang kita makan menyebabkan kita mendapat penyakit  seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, strok, obesiti, kanser dan sebagainya.

Makanan proses yang tinggi dengan gula, lemak tepu, lemak ‘trans’, pengawet, perwarna, perasa tiruan dan garam berlebihan adalah contoh makanan yang tidak sihat. Makanan proses amat sinonim dengan kehidupan kita sekarang. Restoran makanan segera tumbuh bagai cendawan, membawa satu budaya yang kurang sihat dalam masyarakat kita hari ini. Makan tersedia dan makanan segera yang diproses seperti mee segera, makanan tin, makanan sejuk beku, pelbagai jenis biskut, kerepek dan sebagainya amat banyak di pasaran. Semua jenis makanan ini jika terlalu kerap diambil akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit sebagaimana yang telah terbukti dari kajian sains yang telah banyak dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan. Oleh kerana itu meninggalkan makanan seperti ini juga dituntut oleh Islam demi kesihatan yang baik.

Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik pemakanan yang halal lagi menyihatkan. Makanan  Rasulullah adalah makanan segar seperti buah-buahan seperti kurma segar (rothab), tembikai, madu, labu, buah tin dan minyak zaitun. Baginda juga makan roti yang dikisar sendiri dari gandum dan barli yang kaya dengan serat (wholemeal). Didalam AlQuran banyak kali disebut ‘buah-buahan’ dalam banyak surah-surahnya. Makanan syurga juga adalah terdiri dari pelbagai jenis buah-buahan seperti buah delima, buah kurma, buah anggur, buah pisang, buah bidara, buah tin, buah zaitun dan sebaginya.

Kenapa buah-buahan ini selalu di sebut dalam AlQuran?

Sudah pasti ada banyak kelebihannya dari sudut kesihatan. Sekarang dengan ribuan kajian yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan tentang khasiat buah-buahan menjaga kesihatan yang baik, terbuktilah bahawa apa yang dinyatakan oleh AlQuran sejak 1400 tahun dahulu lagi.

Satu lagi aspek yang penting dalam soal pemakanan seharian adalah jumlah makanan yang kita makan setiap hari. Rasulullah tidak melampau dalam jumlah makanan yang dimakan sebagaimana sabdanya dalam satu hadis yang bermaksud:

 “Kami adalah kaum yang makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang”

Islam amat menekankan konsep bersederhana dalam mengambil makanan dan amat mengeji perbuatan membazir dalam pemakanan.

Melampau dan berlebih-lebihan semasa makan akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan juga masalah obesiti.Oleh itu makan secara sederhana amat selari dari aspek kesihatan dan tuntutan Islam.

Sebagai muslim yang sejati pemakanan yang halal lagi baik adalah panduan yang amat baik untuk kita amalkan setiap hari untuk mendapat keberkatan dari rezeki yang Allah kurniakan dan mendapat kesihatan yang terbaik. Insyaallah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), FAGE



Thursday, 19 May 2016

MENGAPA OLIVE HOUSE MENJADI PILIHAN?

Oleh: Dr Salman Amirudin

Sebagai pengamal perubatan, saya sering ditanya oleh pesakit yang menghidapi penyakit kronik tentang 1 soalan yang sukar untuk di jawab oleh saya sendiri dan rakan-rakan.

"Doktor, apa yang perlu saya makan dan yang perlu saya elakkan?" - Tanya seorang pesakit yang didiagnos menghadapi kanser lidah dengan bersungguh-sungguh menanti jawapan. Saya seperti biasa menjawap sambil berseloroh "Semua boleh makan tuan, asalkan halal" sambil di dalam hati berfikir-fikir "Adakah aku pernah diajar tentang perkara tersebut semasa belajar perubatan selama 6 tahun?"

Topik berkenaan bagaimana makanan tertentu di sekeliling kita mampu menjadi ubat jika diambil dalam kadar yang betul tidak pernah dibincangkan dalam silibus ilmu perubatan. Jika ia dibincangkan sekalipun, fokusnya hanyalah pada untuk mengelakkan beberapa jenis makanan yang berpotensi menjadi punca kepada penyakit tertentu.

Akhirnya pesakit ditimbunkan dengan senarai makanan yang perlu mereka berpantang setelah mendapat penyakit dan bukanlah bagaimana untuk makan bagi mengelakkan penyakit atau merawat penyakit yang sedia ada.

FUNCTIONAL MEDICINE/NUTRITIONAL MEDICINE

Silibus perubatan itu sendiri menjuruskan minda pelajarnya ke arah perubatan merawat (curative medicine) dan hanya sedikit menyentuh tentang perubatan pencegahan (preventive medicine) apatah lagi perbincangan tentang bagaimana setiap makanan itu mampu merawat penyakit (functional/nutritional medicine).

Berada di dalam Olive House menemukan saya dengan beberapa orang pengamal perubatan seperti Dr.Norman dan Dr.Saifuzzaman, yang masih mengamalkan disiplin perubatan moden tetapi melihat kaedah perawatan itu dalam skop yang lebih meluas. Pesakit diajar menganalisa setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh mereka seterusnya mengubah tabiat pemakanan dan seluruh aspek kehidupan secara holistik bagi mencapai kesihatan yang seimbang, selama mana ianya terbukti berkesan melalui kajian saintifik.

Inilah yang menjadi gagasan pengasas Olive House iaitu menonjolkan aspek saintifik dalam setiap produk yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah, bukan semata-mata mencanangkan ianya di sebut oleh Allah Taala dan di makan oleh Nabi seperti produk-produk yang lain. Malah setiap produk itu di ambil dari tempat terbaik bagi setiap kelasnya, juga dibuktikan dengan analisa makmal yang bertaraf antarabangsa.

Kesimpulannya, bidang functional/nutritional medicine merupakan bidang yang tidak bercanggah dengan ilmu perubatan moden, malah mengukuhkan lagi pengamalan disiplin ilmu perubatan dalam memberikan rawatan yang terbaik untuk pesakit tanpa berkompromi dari sudut evident based medicine. Selain daripada itu, ia begitu kaya dengan ruang dan peluang untuk menerokai kajian-kajian baru yang bersifat akademik dan praktis perubatan.

Nantikan Slot Aafiyat Lifestyle di TVHIJRAH anjuran Olive House yang bakal menampilkan doktor-doktor berbicara tentang functional medicine dalam pengamalan kesihatan dan pemakanan sihat.